top of page

Ketirisan data peribadi Air Asia: Kementerian Komunikasi arah siasatan rapi dijalankan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 10, 2022
  • 1 min read


Ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan Air Asia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin dipandang serius oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.


Menterinya Ahmad Fahmi Fadzil berkata, pasukan penyiasat kementerian telah digerakkan bersama pasukan pengurusan Air Asia untuk menjalankan siasatan menyeluruh.


"Pasukan Penyiasatan Kementerian Komunikasi dan Digital yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada Air Asia pada 1 Disember 2022.


"Siasatan awal mendapati serangan siber ke atas sistem pelayan Air Asia telah berlaku pada 12 November 2022 yang berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware), berpotensi menyebabkan kebocoran data.


"Susulan daripada perbincangan tersebut, Capital A diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan dengan siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Fahmi, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden yang berlaku.


Bagaimanapun, katanya perincian berhubung kes tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa ini sementara siasatan masih dijalankan bagi mengelakkan implikasi perundangan serta mengganggu siasatan.


"Saya menggesa semua Pengguna Data sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa dengan memastikan infrastruktur sistem, pangkalan data serta rangkaian dikemaskini dan selamat.


"Pengguna Data juga hendaklah menggariskan polisi keselamatan siber dan memastikan polisi tersebut dipatuhi sebagai langkah bagi mengelakkan pencerobohan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page