top of page

Ketika zaman PH, skim kawalan harga dilanjutkan hingga 30 hari


Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkongsi pengalamannya sepanjang memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam mengawal kenaikan harga barang dan makanan.


Katanya, agenda utama beliau ketika itu adalah memastikan harga barangan keperluan kekal berpatutan.


"Pemantauan yang kerap bersama pegawai-pegawai penguatkuasa KPDNHEP menjadi suatu keutamaan. Malah, melawat pasar borong serta jeti pendaratan ikan seawal pukul 4-5 pagi bagi melihat sendiri harga di pasaran menjadi kebiasaan.


"Kami juga menambahbaik Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan menambah senarai barangan kawalan serta melanjutkan tempoh penguatkuasaan.


"Contohnya, SHMMP bagi perayaan Hari Raya Puasa 2019 kami lanjutkan daripada 15 hari kepada 30 hari," katanya.


Bagi tempoh di luar musim perayaan, beliau berkata, sesi libat urus bersama pihak industri kerap diadakan bagi memastikan kesedaran serta pematuhan dengan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan.


"Bagi pihak yang menaikkan harga secara tidak munasabah, tindakan tegas dikenakan," katanya.


Tambahnya, KPDNHEP juga telah memperkenalkan inisiatif Food Bank Malaysia dan Food Bank Siswa bagi memastikan kebajikan golongan kurang berkemampuan tidak terabai.


"Walaupun tanggungjawab yang dipikul berat, memenuhi harapan rakyat yang memberikan kepercayaan serta undi mereka kepada kami menjadi kewajipan dan keutamaan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page