top of page

Keterjaminan Makanan: Mohamad Sabu bincang dengan Premier Sarawak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 10, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu menggandakan usaha dalam memastikan sekuriti makanan negara.


Pada Jumaat, beliau mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan kerjasama antara kerajaan Persekutuan dengan negeri itu dalam menjayakan usaha tersebut.


Melalui hanyaran di laman Facebooknya Mohamad berkata, dalam pertemuan di Wisma Bapa Malaysia di Kuching itu, Abang Johari juga menyatakan komitmen dan kesungguhan dalam isu keterjaminan makanan dengan menyasarkan Sarawak mampu menjadi antara negeri pengeksport beras di negara ini.


Dalam perbincangan mereka turut menekankan isu berkaitan pengairan untuk pertanian.

"InshaAllah bagi menjayakan hasrat Yang Amat Berhormat Premier dan Kerajaan Persekutuan menjadikan Sarawak sebagai jelapang padi kedua negara selepas negeri Kedah, kementerian akan melaksanakan strategi berdasarkan Konsep Pertanian Pintar.


"Strategi yang akan digunakan ialah Teras Pertama yang akan memfokuskan kepada Pembangunan Kapasiti Industri dan Infrastruktur, manakala Teras Ketiga akan diaplikasikan yang berkait dengan Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersialan dan Inovasi," katanya.


Mohamad sebelum itu berkata, pihak kementerian mahu memperluaskan penanaman padi di bawah Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan termasuk di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.


Ia selaras hasrat kerajaan menjadikan menjadikan kedua-dua negeri itu sebagai jelapang padi negara kedua pada masa hadapan sekaligus mencapai tahap sara diri (SSL) dalam pengeluaran beras.


Usaha itu bagi mendepani risiko negara pengeksport untuk mengurangkan atau menghentikan eksport makanan ruji bagi melindungi permintaan domestik masing-masing.


Melalui Program SMART SBB Ala Sekinchan, selain membantu mengurangkan kebergantungan negara kepada beras import juga mampu menambah pendapatan golongan pesawah menerusi peningkatan hasil padi.


Namun bagi menjayakan aspirasi itu, komitmen semua pihak tegasnya amat diperlukan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page