top of page

Keterjaminan makanan: Malaysia mahu pelajari pengalaman India

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
2 days ago
1 min read
DS Mohamad dan delegasi bertemu Shri Shivraj Singh dan delegasi India di New Delhi
DS Mohamad dan delegasi bertemu Shri Shivraj Singh dan delegasi India di New Delhi

Pengalaman India dalam melaksanakan dasar keterjaminan makanan boleh dijadikan panduan oleh Malaysia, khususnya dalam pengurusan stok penimbal strategik, sistem pengagihan, dan tadbir urus rantai bekalan.


Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Malaysia berhasrat mempelajari pengalaman tersebut selaras usaha merangka Akta Keterjaminan Makanan Negara


Menurut KPKM, perkara itu dinyatakan Menteri berkenaan ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertanian dan Kesejahteraan Petani India, Shri Shivraj Singh Chouhan di New Delhi.


"Pada pertemuan itu, Malaysia turut menzahirkan penghargaan atas peranan India sebagai rakan dagang utama dan pembekal komoditi kritikal seperti beras, daging serta bawang.


"Kerjasama di antara kedua-dua buah negara dalam pengukuhan kapasiti bank benih atau gene bank juga akan dipelopor," menurut kementerian itu menerusi satu kenyataan.


Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Pertanian dan Perhutanan ASEAN-India (AIMMAF) ke-9 yang berlangsung di New Delhi pada Rabu.


Mesyuarat menumpukan kepada inisiatif serantau bagi mendepani cabaran geopolitik, ekonomi, perubahan iklim, serta ketidaktentuan pasaran tenaga dan input pertanian demi menjamin keterjaminan makanan serta kelangsungan rantaian bekalan.


KPKM dalam kenyataan sama turut memaklumkan, mesyuarat meneliti pencapaian Pelan Tindakan Jangka Sederhana Kerjasama Pertanian dan Perhutanan ASEAN-India (2021-2025), serta mempertimbangkan kelulusan pelan tindakan baharu bagi tempoh 2026-2030.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page