Keterangan Leissner: Bahas siasatan berbilion wang meragukan libatkan elit politik - Anwar



Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan dalam sidang kamar khas Parlimen hari ini bahawa isu terbitan bon dan pengaliran wang keluar meragukan pada era pentadbiran Perdana Menetri Datuk Seri Najib Razak perlu dibahas, disiasat dan didedahkan hasilnya secara sepenuhnya.


"Saya merujuk isu Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan Perdana Menteri (PM) dan Menteri Kewangan pada waktu itu Datuk Seri Najib. BNM telah memberi jawapan pada 23 Februari 2022


"Dalam kenyataan, BNM mengesahkan bahawa kesemua pelaburan di luar negara oleh entiti permastautin tertakluk kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang dan disebut BNM telah beri maklumat kepada agensi penguatkuasaan undang undang pada April 2016.


"Ini penting, perlu dijelaskan BNM beri gambaran seolah olah telah beri kerjasama dan sebahagian keterangan pada April selaras dengan tanggungjawab di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram 2001.


"Kalau kita ambil pendekatan begitu, kita jelaskan bahawa jawapan itu tidak meyakinkan kerana kenyataan itu menutup sama sekali tuduhan pendakwaan penglibatan (mantan Gabenor BNM) Dr Zeti dan (suaminya) Taufik . Pada hal dalam kenyataan (di mahkamah New York) terbongkar sekarang membuktikan sebaliknya," katanya.


Menurut Ahli parlimen Port Dickson itu lagi, keterangan bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner dalam beberapa kes di Amerika Syarikat menjelaskan kewangan dalam anggaran RM18.88 bilion telah dicuri atau hilang dari 1MDB.


Hal itu, katanya, dikuatkan dengan pertemuan bekas pengerusi Goldman Sachs, Lloyd Craig Blankfein dengan Najib Razak menjelang urusniaga bon 1MDB bernilai RM6.5 bilion. Tambah Anwar, mustahil BNM tiada maklumat berkenaan pengaliran keluar wang yang melibatkan PM pada ketika itu.


"(Dalam hal ini) ada penafian dari Datuk Taufik tetapi ini tidak boleh menidakkan keterangan dari Singapura.


"Polis Singapura memaklumkan bank pusat Malaysia mengenai transaksi mencurigakan membabitkan syarikat milik suami dan anak bekas Gabenor BNM mengikut laporan Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura pada 2015 - 2016. Maknanya ada kecurigaan di pihak kita mengapa hal ini dibekukan, seolah olah ada persekongkolan di antara beberapa kalangan di BNM sekarang dan apa yang berlaku sebelumnya.


"BNM ada diberi maklumat mengenai akaun bank UBS yang dimiliki Taufik. Tetapi BNM biar berlaku sejak awal 2008 - 2009 tetapi tidak dimaklumkan sehingga 2015 - 2016. Penyiasat di Malaysia dan AS melakukan siasatan, sebagaimana kita sedia maklum laporan itu diterbitkan oleh DOJ (Jabatan Kehakiman) AS," katanya.


Urutan peristiwa itu, kata Anwar, menyangkut kelemahan institusi termasuk BNM yang dianggap mempunyai integriti dan diakui di dalam negara serta antarabangsa, tetapi kini tercemar apabila tiada kesungguhan membongkar kes berkenaan biar pun BNM menunjukkan keupayaan dalam kes kes lain.


Anwar juga menyentuh mengenai penglibatan Leissner dan bekas CEO Astro serta nama nama besar yang ada kaitan dengan pemerintah sehingga tiada pendedahan awal dilakukan oleh sama ada pihak kerajaan mahupun media.


Selain itu, beliau juga kecewa dengan pihak berkuasa lain yang seolah olah berdiam diri


"Kita tegaskan BNM ada kaitan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana kalau jumlah begini adakah LHDN telah menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan?


"SPRM saya tidak tahu kerana BNM kata dia sampaikan kepada pihak bertanggungjawab, kepada siapa? LHDN atau SPRM atau PDRM kerana 4 institusi ini berkaitan dalam hal ini," katanya.


Tegas Anwar, dana rakyat yang malang itu akhirnya menjadi komisyen kepada beberapa ahli perbankan dan didakwa diagihkan kepada Umno sebagai dana pilihan raya tidak sewajarnya didiamkan begitu sahaja


Justeru, beliau meminta Parlimen membahaskan secara penuh skandal 1MDB berdasarkan keterangan beberapa tertuduh yang sedang dibicarakan di mahkamah jenayah New York, AS ketika ini.


"Apa kita minta (peraturan) 18.1 ini? Mesti ada penjelasan. Pertama siasatan yang menyeluruh.


"Kita sampaikan kepada PM pagi tadi tetapi belum ada keterangan selain pendakwaan atas Datuk Najib dan lainnya tetapi belum ada ketegasan dari LHDN, SPRM dan PDRM.


"Jadi kita mahu penjelasan, adakah ada proses siasatan (berlaku)? Sudah 10 tahun berlalu dan kita tidak boleh lagi dengar bahawa 'siasatan akan diteruskan'," katanya lagi

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER