top of page

Ketepikan gagasan 'Payung Besar', reformasi pentadbiran beri kesaksamaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 7
  • 2 min read

ree

Rakyat Malaysia diminta untuk tidak terpengaruh dengan gagasan "Payung Besar" yang ditaja oleh Tun Mahathir Mohamad dan juak juaknya.


Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng (gambar) berkata, gagasan seumpama itu hanya ditimbulkan untuk menarik undi orang Melayu namun rakyat maklum hal itu bukanlah tentang perlindungan kepada Melayu tetapi tentang merebut kuasa semata mata.


Sebaliknya, kata beliau, negara perlu beralih daripada amalan politik feudalisme dan kronisme era kepimpinan lama kepada pendekatan politik meritokrasi serta integriti yang diperlukan negara untuk bersaing di persada dunia.


"Kita tidak perlukan 'Payung Besar' yang koyak, penuh lubang dan digunakan hanya untuk menutup kegagalan lama.


"Kita perlukan payung yang benar-benar melindungi, nilai kejujuran, kesaksamaan, keberanian, dan rasa hormat sesama rakyat.


"Jika kita mahu maju, kita mesti berani memutuskan rantai lama dan membuka ruang untuk semua.


"Malaysia hanya boleh berjaya apabila kita bersama membina negara ini, bukan dengan memperalatkan ketakutan atau mencipta musuh dalam kalangan kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan.


Andre Lai berkata, Kerajaan Madani telah mereformasikan sistem yang tidak lagi bertunjangkan ketakukan satu kaum ke atas kaum lain, dan memperkenalkan ekonomi yang lebih seimbang.


Katanya, reformasi bukan sahaja dalam pentabiran kerajaan tetapi turut menyangkut kenaikan gaji swasta, peluang ekonomi dan membasmi rasuah.


Selain itu, kata beliau, anak muda juga dibela dalam agenda reformasi kerajaan.


"Anak muda dibekalkan dengan latihan kemahiran manakala perusahaan kecil serta sederhana (PKS) diperkasa.


"Industri hijau, ekonomi kreatif, teknologi digital sedang dibina demi memastikan tiada siapa tertinggal.


"Golongan muda, kelas pertengahan, dan profesional bandar kini menjadi benteng harapan negara.


"Kita memerlukan keberanian untuk menolak politik ketakutan, politik yang mempergunakan kaum demi kuasa. Masa depan Malaysia tidak boleh dijadikan tebusan," katanya.


Mengenai perkauman yang masih dimainkan pembangkang sebagai modal utama, kononnya kerajaan Madani tidak membantu Melayu, Andre Lai berkata, tibalah masanya agenda perkauman dikuburkan, kerana generasi baharu rakyat Malaysia telah lebih bertoleransi dan mengakui keperluan untuk hidup bersama sebagai satu bangsa Malaysia.


"Sebagai seseorang yang membesar dalam Sekolah Kebangsaan, saya percaya Malaysia ini milik kita semua.


"Saya belajar makan di rumah kawan Melayu, menumpang solat di surau sekolah, dan menyanyikan lagu kebangsaan bersama rakan berbilang kaum.


"Sebab itu saya kecewa bila ada yang sanggup memecah-belahkan rakyat demi kelangsungan peribadi," bidas beliau.


Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang menjadi penentu masa depan negara, agar menolak politik lama yang tidak lagi relevan dengan aspirasi semasa.


Katanya, sudah tiba masanya untuk membuka lembaran baharu ke arah sebuah Malaysia yang lebih adil, progresif dan makmur.


Tegasnya, negara ini bukan milik segelintir elit yang mahu terus berkuasa, sebaliknya milik semua rakyat yang mendambakan masa depan lebih cerah.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page