top of page

KESUMA terajui jawatankuasa penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig



Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mewujudkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti syor penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.


Kementerian itu melalui satu kenyataan berkata, jawatankuasa akan mengambil kira pelbagai aspek dan bakal membentangkan laporan interim kepada Jemaah Menteri dalam tempoh tiga bulan ke hadapan.


"KESUMA mendukung pengumuman Perdana Menteri di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Pekerja Gig.

"Rentetan itu, KESUMA akan menerajui sebuah Jawatankuasa Pelbagai Kementerian dan Pemegang Taruh bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig tersebut.


"Jawatankuasa akan meneliti terma rujukan penubuhan suruhanjaya ini membabitkan aspek fungsi, perundangan, kewangan dan keanggotaan suruhanjaya," kata kenyataan itu.


Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ucapan penutupan Kongres Ekonomi Bumiputera pada Sabtu mengumumkan penubuhan suruhanjaya itu.


Ia jelasnya bertujuan melindungi hak 1.12 juta pekerja gig, dengan tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan sosial, menyelesaikan pertikaian kontrak dan mendorong kemajuan kerjaya golongan berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page