top of page

KESUMA rangka strategi pastikan sektor TVET releven



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal mengadaptasi dapatan daripada seminar ‘Tripartite’ 2024 bagi merangka strategi memastikan bakat-bakat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kekal relevan.


"Strategi-strategi baharu dalam mendepani dan mengadaptasi perubahan dunia pekerjaan bagi pemegang-pemegang taruh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) akan dirangka berdasarkan dapatan seminar Tripartite 2024.


"Seminar Tripartite adalah satu daripada inisiatif untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi memastikan bakat masa depan berkemahiran yang dihasilkan melalui institusi TVET relevan dengan pekerjaan semasa, masa hadapan dan berpendapatan tinggi," kata Menterinya, Steven Sim dalam satu kenyataan sempena pelancaran seminar Tripartite 2024 di Kuala Lumpur pada Selasa.


Melalui kenyataan beliau berkata, platform seminar Tripartite mempertemukan wakil industri dan institusi TVET untuk berkongsi pandangan serta aspirasi, demi masa depan TVET yang lebih komprehensif dan memenuhi kehendak kedua-dua belah pihak.


Seminar ‘Tripartite’ 2024 yang diadakan di seluruh negara sepanjang tahun ini membabitkan barisan pemegang taruh, pihak permintaan (demand), pemegang taruh pihak penawaran (supply) dan agensi kerajaan selaku pemudah cara.


"Konsep Tripatisme yang diguna pakai adalah selaras dengan nilai-nilai Malaysia MADANI dalam penjajaran inisiatif baru kementerian bagi tahun 2024 untuk menghasilkan dasar yang lebih kolektif, inklusif dan partisipatif seterusnya memberi manfaat baik kepada semua pemengang taruh," katanya.


Mengulas lanjut Sim berkata, lima bidang utama telah dikenal pasti mempunyai potensi pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan yang tinggi (HGHV) dipilih sebagai tema utama dan akan dipadankan dengan kriteria tertentu pemegang taruh JPK bagi pelaksanaan seminar pada kali ini.


Lima bidang itu adalah industri asas tani dan hospitaliti, industri nadir bumi, industri berasaskan peralihan tenaga, industri elektrik dan elektronik bernilai tinggi, dan industri berasaskan teknologi dan digital.


"Saya berharap agar program sebegini diadakan secara berterusan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama industri ke arah pelaksanaan program TVET berkonsepkan berpandukan industri berimpak tinggi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page