top of page

KESUMA perluas Jelajah AI MyMahir ke seluruh negara

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 18
2 min read
DS R Ramanan melancarkan program Jelajah AI MyMahir ke seluruh negara di Sungai Buloh, semalam
DS R Ramanan melancarkan program Jelajah AI MyMahir ke seluruh negara di Sungai Buloh, semalam

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memperluas pelaksanaan program Jelajah AI MyMahir ke seluruh negara mempersiapkan rakyat Malaysia menghadapi ekonomi berteraskan kecerdasan buatan (AI).


Kementerian itu menerusi satu kenyataan berkata, program peningkatan kemahiran AI berasaskan komuniti itu bakal diterajui Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), agensi badan pemikir strategik Kementerian.


"AI kini sedang membentuk semula cara rakyat Malaysia bekerja merentasi pelbagai sektor. Tanggungjawab kerajaan adalah untuk memastikan rakyat tidak tercicir serta dilengkapi dengan kemahiran praktikal agar kekal produktif, berdaya saing dan mempunyai nilai kebolehpasaran pekerjaan


"Jelajah AI MyMahir menterjemahkan keutamaan pembangunan bakat negara kepada pembelajaran AI yang praktikal, serta dibawa terus kepada rakyat di tempat mereka tinggal dan bekerja.


"Pendekatan Malaysia terhadap AI perlu bersifat inklusif, berpaksikan rakyat dan selari dengan keperluan sebenar tempat kerja," kata kenyataan itu sebagai memetik ucapan Menteri KESUMA, Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan ketika melancarkan inisiatif itu semalam.


Sementara itu kenyataan tersebut memaklumkan, program akan menyediakan latihan AI secara praktikal dan aplikatif kepada pelajar, pekerja, wanita, usahawan serta pemilik perniagaan kecil akan membabitkan 60 kawasan Parlimen.


Dalam memperkukuh pelaksanaan, TalentCorp juga memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Ernst & Young Consulting Sdn. Bhd. (EY Malaysia) di bawah inisiatif tanggungjawab korporat global EY Ripples, sekali gus memperkukuh kerjasama awam–swasta dalam agenda AI berteraskan insan.


"Kerjasama bernilai RM110 juta itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 22,000 rakyat Malaysia, melibatkan 12,000 peserta Jelajah AI MyMahir serta tambahan 10,000 peserta menerusi inisiatif TalentCorp lain termasuk pelajar sekolah dan universiti, wanita serta veteran angkatan tentera.


"Setakat ini, empat program perintis Jelajah AI MyMahir telah dilaksanakan di Sabah dan Selangor, mencerminkan permintaan tinggi terhadap pembelajaran AI yang praktikal dan berasaskan aplikasi di peringkat nasional," kata kenyataan itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page