KESUMA galak sektor swasta amal dasar BDR
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menggalakkan sektor swasta mengamalkan dasar bekerja dari rumah (BDR) seperti dilaksanakan sektor awam.
Menterinya, Datuk Seri R Ramanan berkata, langkah tersebut dapat membantu menjimatkan subsidi kerajaan yang boleh disalurkan kepada perkara lebih memerlukan sekaligus membantu syarikat dan pekerja mengurangkan kos operasi serta perjalanan.
"Kebanyakan sektor perbankan dan syarikat multinasional sudah melaksanakan program BDR ini.
"Mereka mengambil langkah ini sebelum kerajaan melaksanakan dasar BDR dan kita berharap sektor swasta lain dapat mengambil langkah sama dalam usaha membantu penjimatan bahan api serta subsidi," katanya dipetik.
Sehubungan itu tambahnya, sektor swasta boleh mempertimbang untuk membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah selama tiga hari seminggu, kecuali Isnin dan Jumaat yang disifatkan sebagai hari penting dalam seminggu.
Kerajaan melaksana dasar BDR di bagi sektor awam Persekutuan bermula Rabu susulan tekanan tenaga global yang berkait dengan konflik di Asia Barat.
Dasar itu terpakai kepada penjawat awam Persekutuan di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan semua ibu negeri yang tinggal lebih lapan kilometer dari tempat kerja, namun membabitkan petugas dalam sektor keselamatan, pertahanan, kesihatan dan pendidikan.
Jadual BDR berbeza iaitu negeri yang bercuti pada Ahad melaksanakan dasar itu dari Selasa hingga Khamis, manakala negeri yang bercuti pada Jumaat melaksanakannya dari Isnin hingga Rabu.




Comments