top of page

KESUMA dalam fasa akhir persediaan penguatkuasaan Akta 872

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 18 hours ago
  • 1 min read

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) kini berada dalam fasa akhir persediaan menjelang penguatkuasaan Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) pada 31 Mac ini.


Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan, antara langkah utama sedang dilaksanakan ialah penubuhan Majlis Perundingan Gig.


Majlis yang menghimpunkan wakil kerajaan, pekerja gig serta entiti kontrak dalam satu sebuah platform tripartit itu bakal berperanan menasihati dan mengemukakan syor kepada kerajaan berkaitan kadar pendapatan minimum, formula serta standard minimum yang akan diguna pakai dalam sektor gig.


"Majlis Perundingan Gig akan dipengerusikan oleh KESUMA sebagai kementerian peneraju yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dasar dan pelaksanaan Akta 872.


"Majlis ini juga akan berfungsi sebagai platform dialog, rundingan dan nasihat dasar berhubung isu-isu yang timbul dalam ekosistem ekonomi gig," kata kenyataan itu.


Kementerian itu turut memaklumkan, pihaknya juga sedang menyediakan garis panduan pelaksanaa kepada penyedia platform bagi memastikan peruntukan Akta 872 dapat dilaksanakan secara teratur dan konsisten.


"KESUMA akan terus bekerjasama rapat dengan SEGiM serta semua pemegang taruh termasuk pemain industri, wakil pekerja gig dan agensi kerajaan bagi memastikan pelaksanaan Akta 872 berjalan lancar dan memberi manfaat kepada seluruh ekosistem ekonomi gig negara.


"Bagi memastikan kesinambungan antara peranan Majlis Perundingan Gig dan SEGiM serta mengelakkan pertindihan fungsi, KESUMA turut akan mengemukakan pencalonan wakil pegawai awam melalui Pejabat Timbalan Perdana Menteri untuk menganggotai Majlis itu," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page