top of page

Kestabilan kerajaan, berpuluh bilion pelaburan masuk - Anwar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
May 14, 2023
2 min read


Kerajaan yang stabil membolehkan pelabur pelabur besar dari luar negara yakin untuk masuk menanam modal di Malaysia.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam 6 bulan kerajaan memerintah berpuluh bilion komitmen pelaburan telah ditunjukkan oleh syarikat gergasi dunia ke Malaysia.


"Saya sebut ini kerana apa guna kerajaan yang kukuh. Kerajaan majoriti 2/3 untuk apa? Saya jawab untuk membangunkan Malaysia dan membela nasib rakyat.


"Pelaburan digital berkualiti seperti diumumkan Amazon Web Services memberi peluang jurutera data, penganalisis data pekerjaan buat mereka, dengan komitmen pelaburan sebanyak RM25 bilion, Korea Selatan menunjuk minat untuk melabur RM24 bilion melalui syarikat ternama seperti Samsung, SKC, Hyundai dan Coway


"China dalam kunjungan kita, kerja menteri menteri dan kementerian sebelumnya berminggu minggu sebelum mencatat pelaburan tertinggi dalam sejarah RM170 bilion. Ini termasuk Geely-Proton yang akan memulakan pelaburan RM10 bilion di automatif city, Tanjung Malim.


"Ini berlaku kerana tatakelola baik, pelaburan yang tidak meletakkan komisen untuk keluarga mereka (menteri), ini ertinya ease dan speed of doing business yang harus kita lakukan untuk negara ini muncul semula sebagai gergasi di rantau ini," kata Anwar.


Pengerusi Pakatan Harapan itu juga turut berbangga dengan akauntabiliti menteri kabinet yang beliau lantik, dan sepanjang 6 bulan memegang jawatan tiada laporan mana mana menteri curang atau melakukan korupsi sebagaimana barisan kabinet kerajaan terdahulu.


"Saya sekali lagi tekankan hebatnya pimpinan dan Jemaah Menteri sekarang. Tidak satu pun setakat ini berlaku kecurangan oleh kepimpinan Kerajaan Perpaduan.


"Ini rekod dalam sejarah. Orang tanya apa hebat Kerajaan Perpaduan, saya jawab hebat kerana pimpinannya bertekad untuk hentikan kerosakan, nilai yang menyebabkan negara ini dihina dunia akibat salah guna kuasa.


"Ini bukan perkara kecil," katanya.


Ketelusan Kerajaan Perpaduan itu, sambung Anwar, menyebabkan pihak pembangkang ketandusan idea.


Sehingga kritikan yang ditimbulkan, katanya, adalah mengenai perkara remeh temeh biar pun terdapat rakyat yang masih melayannya.


"Yang dihebohkan pembangkang apa? KWSP. Atau Anwar keluar negara pakai songkok. Atau capal. Yang sakit hati saya pakai capal kenapa? Yang penting itu ialah (pemimpin) tak sakau," katanya disambut sorakan hadirin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page