top of page

Kesihatan mental petugas kesihatan harus diberi keutamaan - Anwar



Kesihatan mental petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan melawan pandemik Covid 19 perlu diberi keutamaan.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, laporan berkenaan luahan hati dan tekanan emosi yang dihadapi petugas kesihatan sebagaimana didedahkan perlu dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan.


"Saya meneliti laporan mengenai luahan para petugas kesihatan yang mengalami tekanan dan gangguan emosi sepanjang bertugas memerangi wabak.


"Pengorbanan mereka tanpa henti wajar mendapat pembelaan dan perhatian.


"Saya melihat keperluan untuk mempunyai pendekatan memerangi Covid-19 tidak hanya dalam strategi mengawal penularan, tapi harus termasuk tahap emosi dan kesihatan mental para petugas kesihatan. Ini harus diambilkira oleh Menteri Kesihatan yang baharu," katanya.


Tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, aspek persekitaran kerja sewajarnya tidak dikesampingkan oleh pihak kementerian.


Anwar berjanji akan membangkitkan hal berkenaan dalam sidang Parlimen bermula 13 September ini.


"Kerajaan mesti memberi fokus aspek pengurusan, persekitaran kerja, keperluan asas, penjagaan kesihatan dan keselamatan kakitangan yang bertugas di mana-mana fasiliti kesihatan dengan lebih berkesan.


"Justeru, isu kesihatan mental petugas kesihatan ini perlu menjadi perkara utama yang akan disentuh kelak sewaktu sidang Parlimen minggu depan," katanya lagi.


Kelmarin, Koordinator Pasukan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (MHPSS) Perkhidmatan Psikiatri Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Nurul Nadia Ismail, berkata maklum balas diterima pasukannya mendapati isu kelesuan melampau atau burnout, menjadi penyumbang utama kepada tekanan dialami petugas kesihatan, peningkatan kes Covid-19, berjauhan lama dengan ahli keluarga dan tiada masa untuk mendapatkan intervensi psikososial.


Selain itu, menurut beliau, gangguan emosi dalam kalangan petugas kesihatan dilihat ketara di negeri yang merekodkan jumlah kes dan kematian tinggi seperti di Lembah Klang.


"Untuk Hospital Kuala Lumpur (HKL), daripada hampir 2,000 kakitangan yang menjalani saringan kesihatan mental secara dalam talian mahupun bersemuka dari Mac 2020 hingga Julai 2021, sekitar 45 hingga 50 peratus daripada mereka mengalami gangguan emosi seperti stres ringan hingga teruk dan juga kelesuan melampau.


"Sebahagian kecil pula mencapai tahap penyakit psikiatri serius seperti kemurungan teruk atau kecelaruan keresahan.


"Pengumpulan data mengikut kes seperti tahap stres yang tinggi, kemurungan, kecelaruan keresahan dan sebagainya masih lagi dilaksanakan," katanya dipetik Berita Harian.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page