top of page

Kesihatan mental: ABIM gesa kerajaan pinda hukuman jenayah cubaan bunuh diri

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 11, 2021
  • 2 min read


Berhdapan pandemik Covid 19 dan tekanan mental rakyat Malaysia akibat hilang pekerjaan dan kemuflisan perniagaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar kerajaan memfokuskan mengenai kesihatan mental rakyat.


Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, kes bunuh diri yang meningkat mendadak kebelakangan ini seharusnya menjadi keprihatinan utama pihak kerajaan untuk ditangani


"Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertarikh 1 Julai 2021, secara keseluruhan statistik bunuh diri di Malaysia telah menjangkau angka 1,000 dari tahun 2019 hingga Mei 2021 serta menyaksikan purata kes bunuh diri 2 kali sehari.


"ABIM menilai statistik ini adalah antara gambaran utama keparahan penyakit mental dalam masyarakat yang perlu diselesaikan secara tuntas dan bersama atas tanggungjawab kita sebagai sebuah masyarakat," kata Faisal.


Sehubungan itu, beliau menyarankan agar cubaan bunuh diri segera diklasifikasikan sebagai sakit mental yang perlu dirawat dan bukannya perbuatan jenayah.


"Ini termasuklah usaha untuk membimbing mereka yang didapati terlibat dalam kes cubaan bunuh diri menerusi pentas nasihat dan kaunseling berasaskan kaedah- kaedah rawatan kesihatan mental, dan bukan menjatuhkan hukuman ke atas mereka seperti yang termaktub dalam Seksyen 309 Kanun Keseksaan [Akta574].


"ABIM menegaskan kes cubaan membunuh diri ini pada kebiasaannya didorong oleh tekanan sehingga menyebabkan seseorang itu menghadapi kemurungan melampau. Justeru, meletakkan hukuman semata-mata tanpa menyelami permasalahan sebenar yang dihadapi dikhuatiri memburukkan lagi tekanan kepada individu sebegini," katanya.


Dalam masa sama, menurut Faisal lagi, peningkatan kes bunuh diri yang berterusan menjelaskan peruntukan undang-undang telah gagal menyelesaikan masalah, maka ia menuntut satu perubahan mekanisme menangani masalah tersebut dengan pemindahan tanggungjawab untuk pengawalan kes dari neraca pengadilan jenayah kepada bidang kuasa perubatan bagi mewujudkan jalan penyelesaian kawalan yang lebih berkesan


Selain itu, Presiden ABIM itu juga berkata negara yang menjadi runjukan undang-undang Malaysia seperti United Kingdom telah lama meminda cubaan bunuh diri sebagai jenayah.


"ABIM juga merujuk negara-negara yang menjadi sumber Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu United Kingdom telah melakukan perubahan kepada peruntukan undang-undang ini menerusi Suicide Act 1961.


"Selain itu, India sendiri telah melakukan perubahan ke atas peruntukan undang- undang ini dengan memperkenalkan Mental Healthcare Act 2017 yang di mana Seksyen 115 Akta berkenaan menyatakan —(1) Notwithstanding anything contained in section 309 of the Indian Penal Code (45 of 1860) any person who attempts to commit suicide shall be presumed, unless proved otherwise, to have severe stress and shall not be tried and punished under the said Code," katanya lagi.


Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page