top of page

Kesibukan tak halang Fadhlina lawat mangsa banjir



Kesibukan tugas sebagai Menteri Pendidikan tidak menghalang Fadhlina Sidek melaksana tugasnya sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal.


Pada Sabtu, Ketua Wanita KEADILAN itu sempat meluangkan masa melawat mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka susulan hujan lebat di Pulau Pinang.


Menurut Fadhlina, pihaknya akan meghulurkan bantuan sepatutnya terutama untuk pelajar sekolah yang terjejas.


"Kita sedang selaraskan, kita akan lihat bantuan bantuan sebab saya rasa bantuan yang lain telah cemerlang dilakukan oleh semua agensi


"Bantuan susulan akan kami selaraskan daripada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal termasuk tentang sekolah dan anak murid kita yang terjejas," kata Fadhlina.


Daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan mengalami banjir susulan hujan lebat lebih dua jam.


Terdahulu lapan keluarga yang terdiri daripada 13 orang dewasa, lapan kanak-kanak serta tiga warga emas ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah, Sungai Jawi.


11 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Komuniti Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page