top of page

Kesiapsiagaan di tahap tertinggi: Kelantan, Terengganu keutamaan - TPM



Tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi banjir di semua peringkat kini dipertingkatkan ke tahap tertinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota sudah diatur gerak.


Manakala pelbagai aset pasukan keselamatan turut digerakkan antaranya 2,031 bot penyelamat, 1,399 kenderaan pacuan empat roda serta 31 buah helikopter bagi menghadapi banjir khususnya di negeri Pantai Timur.


"Jadi dalam keadaan (banjir) yang begitu, kerjasama semua pihak telah dimobilisasikan (memastikan keselamatan serta kebajikan mangsa banjir)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di Putrajaya pada Khamis.


Sementara itu Ahmad Zahid memaklumkan, situasi banjir melanda Kelantan dan Terengganu kali ini dijangka lebih buruk berbanding bencana tahun 2014. Ia berdasarkan unjuran daripada sistem amaran awal Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).


Mengulas mengenai situasi banjir di Kelantan yang bertambah buruk, beliau memaklumkan telah berhubung dengan Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud bagi melancarkan operasi mengkoordinasikan banjir membabitkan kerajaan Pusat dan negeri.


"Walaupun pada peringkat awal ini Pahang dan Johor belum terjejas, tetapi kita jangkakan akan terjejas di awal Disember, yang mana akan menerima luruan hujan.


"Keutamaan kita sekarang adalah Kelantan dan Terengganu," katanya dipetik.


Sebagai rekod, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang semalam.


Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42,868 orang dengan 190 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di 10 jajahan berbanding 29,023 orang di 151 PPS, pagi tadi.


Jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 15,148 orang di 45 PPS diikuti Tumpat (6,175 orang, 14 PPS), Pasir Puteh (4,035 orang, 21 PPS), Kuala Krai (4,014 orang, 30 PPS), Kota Bharu (3,983 orang, 24 PPS) dan Tanah Merah (3,685 orang, 25 PPS).


Banjir turut melanda Machang melibatkan 2,915 orang di 18 PPS, Bachok (2,157 orang, tujuh PPS), Jeli (724 orang, lima PPS) dan Gua Musang yang menempatkan 32 orang di sebuah PPS.


Di Terengganu, mangsa banjir turut meningkat dengan Besut masih menjadi daerah paling terjejas


Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis turut mencatatkan pertambahan, manakala situasi di Perak dan Johor setakat petang semalam tidak berubah.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page