top of page

Kesesakan jalan raya di Lembah Klang dibincang ke Jawatankuasa Kabinet



Isu kesesakan luar biasa jalan raya terutama pada waktu puncak di Lembah Kelang hari ini dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya (JKMKJR) Bil.1/2023.


Timbalan Perdana Menteri 1, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat sulung tersebut dan meneliti 4 kertas kerja yang dibentangkan.


"Isu-isu kesesakan jalan raya terutama sekali melibatkan Lembah Klang telah dikupas dan diperhalusi. Jawatankuasa ini telah mengenalpasti dan mengesahkan beberapa punca asas (fundamental) yang menyumbang kepada kesesakan jalan raya di Lembah Klang dan mengambil maklum mengenai syor-syor mengurangkan dan mengawal kesesakan jalan raya tersebut.


"Setiap syor yang dibentangkan perlu diperhalusi lebih lanjut oleh beberapa Kumpulan Fokus (focus group) yang telah dibentuk melalui Jawatankuasa ini untuk dilaksanakan dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.


Menurut Zahid, jawatankuasa itu turut membincangkan Kajian Kesesakan Lalulintas Dan Perspektif First Mile Dan Last Mile Sekitar Kuala Lumpur.


Mesyuarat juga mengambil maklum situasi sebenar pergerakan kenderaan keluar dan masuk ke pusat bandar. Berdasarkan analisis pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi suku tahun pertama 2023, jumlah kenderaan masuk dan keluar dari 13 jalan utama menuju ke pusat bandar menujukkan purata 1.8 juta sehari dan boleh mencecah hampir 2.5 juta sehari.


Katanya, pihak DBKL sedang melaksanakan pelbagai inisiatif dalam usaha mengawal kesesakan jalan raya di sekitar pusat bandar yang berfokus kepada pemerkasaan perkhidmatan pengangkutan awam dan aktiviti kawalan trafik.


"Beberapa punca kesesakan jalan raya dari perspektif Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT, PDRM) termasuk inisiatif yang dilaksanakan telah diperhalusi.


"Fokus utama mesyuarat adalah bagi membincangkan dan mendapat pemakluman awal mengenai isu dan punca kesesakan lalu lintas di peringkat fundamental serta syor penambahbaikan jangka pendek, sederhana dan panjang, seterusnya membincang pelan pelaksanaan untuk tahun 2023/2024.


"Mesyuarat juga mengambil maklum semua input dan syor yang telah dikemukakan dan berharap agar semua pihak dapat melaksanakan peranan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan," katanya lagi.


Antara solusi yang dibincangkan, katanya, adalah menambahbaik dan memperluaskan penyediaan bas henti-henti; menambahbaik kemudahan pejalan kaki ke stesen bas/rel; pengurusan trafik yang memberi keutamaan kepada pengangkutan

awam;


Juga pembangunan sistem maklumat dan pengurusan jadual berintegrasi tunggal di Lembah Kelang; menambah baik tempat menunggu bas yang selesa dan selamat dengan sistem maklumat bas; menambah penyediaan pengangkutan awam alternatif seperti Ondemand Services, e-hailing; dan, pengintegrasian mod pengangkutan .


Jawatankuasa melantik Kementerian Pengangkutan sebagai sekretariat dan melibatkan keanggotaan yang terdiri daripada beberapa Kementerian utama seperti Kementerian Kerja Raya; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan; Kementerian Kewangan; Polis DiRaja Malaysia; dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLAN Malaysia).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page