Kesepakatan Pakatan Harapan tidak terjejas dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini biar pun menggunakan logo masing masing.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, penggunaan logo sendiri hanyalah strategi dan kerjasama masih boleh dilihat dengan PH tidak menurunkan calon secara bertindih dengan mana mana parti komponen di Sarawak.
"Saya tegaskan kesepakatan di dalam PH akan terus utuh meski kita bertanding menggunakan logo masing-masing," katanya dalam sidang media di Kuching, malam tadi.
Selain itu, Presiden KEADILAN itu juga mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya segera mengumumkan Prosedur Operasi Piawai (SOP) kempen PRN Sarawak agar tidak mengulangi hal yang terjadi dalam PRN Melaka sebelum ini.
"Saya bangkitkan isu berkenaan SOP pilihan raya dan kempen dalam pilihan raya negeri kali ini.
"Hal ini masih belum dijelaskan meski telah didesak sejak pilihan raya negeri Melaka yang baru berlangsung bulan lalu," katanya.
Anwar berharap rakyat Sarawak akan memberi peluang dan keyakinan kepada calon-calon muda yang ditampilkan KEADILAN dan PH untuk bekerja demi kepentingan rakyat negeri itu.
Beliau juga mengupas sedikit mengenai tawaran KEADILAN Sarawak terkait isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), royalti minyak, tanah adat (NCR) dan isu-isu rakyat di negeri Sarawak.
Comments