top of page

‘Kesemua pelajar Malaysia dibawa pulang hari ini, jangka tiba 4 petang’ - Fahmi



Oleh: Abdullah Zaid


Kesemua pelajar Malaysia di Bangladesh yang terlibat dalam kekacauan politik dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) pada 4 petang ini.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil bahawa kesemua pelajar terbabit telah bertolak pada pukul 7 pagi waktu Malaysia.


"Penerbangan telah bertolak sekitar 7 pagi tadi dan saya dimaklumkan akan tiba 4 petang di KLIA2


"Datuk Seri Saifuddin Nasution (Menteri Dalam Negeri) akan berada di sana untuk menerima semua pelajar yang dibawa pulang.


"Rakan-rakan media Bernama juga ada bersama," katanya pada sidang media di Connexion Conference & Event Centre (CCEC), Nexus Bangsar, hari ini.


Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.


Jelasnya, kerajaan sentiasa meletakkan aspek keselamatan rakyat sebagai keutamaan tanpa mengira di mana mereka berada.


Dalam pada itu misi berkenaan melibatkan 15 pegawai daripada Kementerian Luar Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Keselamatan Negara.


Demonstrasi di Bangladesh berlaku sejak 1 Julai lalu susulan keputusan mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan perjawatan awam yang telah dimansuhkan pada 2018 lalu.


Ketika ini, kerajaan Bangladesh telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi yang mengorbankan lebih 130 nyawa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page