top of page

Keselamatan siber: Syarikat korporat perlu melabur lebih banyak



Syarikat korporat di negara ini digesa melabur lebih banyak dalam aspek keselamatan siber.


Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil berkata keselamatan data perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan berlakunya pencerobohan dan merugikan syarikat atau pelanggan perkhidmatan mereka.


"Keselamatan siber adalah keutamaan kepada negara ini dan kita kena pastikan (sektor) korporat di Malaysia memahami.


"Bila Kerajaan Persekutuan atau Negeri faham, organisasi besar atau NGO, syarikat atau individu (perlu) faham mengenai kepentingan keselamatan siber dan nilai data kita," katanya dalam sesi townhall melibatkan lebih 200 pemain industri keselamatan siber untuk mendengar pandangan dan maklum balas, malam tadi.


Fahmi juga berkata menerusi sesi dialog awam itu, beliau berharap sektor keselamatan siber akan terus mendampingi CyberSecurity Malaysia (CSM) untuk merangka, merancang serta melaksana beberapa perkara berkaitan aspek keselamatan siber dalam negara.


Dalam pertemuan dengan pemberita kemudiannya, Fahmi berkata aspek keselamatan siber amat penting kerana industri itu akan menyumbang sehingga 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025.


"Bila kita lihat ekonomi digital bakal menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025, sudah pasti antara aspek yang sangat penting selain ekonomi digital itu sendiri ialah keselamatan siber dan perlindungan data.


"Maka hasil pertemuan malam ini, saya lihat ada kewajaran dan keperluan untuk mengadakan perbincangan yang lebih meluas dengan sektor korporat dan juga mungkin melalui badan-badan profesional yang mewakili syarikat untuk mewujudkan satu kesedaran mengenai keselamatan siber," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page