Keselamatan siber perlukan kerjasama antarabangsa
- Redzuan Shamsudin
- Jun 15, 2023
- 1 min read

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Ahmad Fahmi Fadzil yang diberi peluang menyampaikan ucaptama bersempena "London Tech Week" di Queen Elizabeth II Centre semalam menekankan perlunya kerjasama dalam menangani isu keselamatan siber di peringkat global.
Katanya, aspek domain siber itu sendiri melangkaui sempadan negara dan perlu kepada usaha bersama negara negara di dunia dalam menanganinya.
"Tiada satu entiti pun yang dapat bekerja secara silo (sendiri) dalam menangani ancaman siber. Keselamatan siber adalah tanggungjawab bersama dan perlu ada kolaboratif pintar dalam kalangan pihak terbabit bagi tujuan itu," katanya dipetik Bernama.
Selain itu, Fahmi menekankan keperluan dan kepentingan keselamatan siber sebagai pengupayaan kemajuan ekonomi, seterusnya mengembangkan ekonomi dan kewangan negara.
Beliau berkata amat wajar sekiranya sektor perniagaan terlibat melabur dalam aspek keselamatan siber.
"Selaku pemaju dan perniagaan teknologi yang bertanggungjawab mereka perlu menggunapakai prinsip keselamatan dalam projek perniagaan transformasi digital bagi melindungi komuniti digital daripada pelaku ancaman siber pada tahap standard keselamatan siber sewajarnya, serta mengekang mereka terbabit daripada meneruskan aktiviti mereka," katanya.
Dalam perkembangan berasingan, kunjungan Fahmi ke United Kingdom itu juga telah membawa masuk ke Malaysia pelaburan asing berjumlah RM8 bilion.
Beliau memaklumkan hal itu dalam satu video pendek.
"Selesai mengadakan pertemuan dengan 9 syarikat yang telah membuat pelaburan sebanyak RM8.3 bilion masuk ke Malaysia.
"Banyak daripada syarikat ini dalam bidnag ekonomi digital. Mereka memaklumkan jumlah pekerjaan akan dibawa sebanyak 1,800 pekerjaan baharu bernilai tinggi
"Ini adalah pelaburan yang besar dan saya sangat gembira dapat memaklumkan.
"Malaysia akan terus menjadi tumpuan pelabur asing, bukan sahaja kita semakin stabil tetapi dasar kerajaan yang memudahkan perniagaan dan pelabur masuk ke Malaysia," katanya lagi.
Comments