Keselamatan sekolah berasrama dipertingkat, 300 pembantu warden
- Azuan Ab Rahman

- 1 day ago
- 1 min read

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melantik 300 personel MySTEP sebagai Pembantu Warden Asrama (MyPWA) dan akan ditempatkan di sekolah berasrama di seluruh negara bermula 1 April ini.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, MyPWA berperanan membantu warden khususnya dalam pemantauan waktu malam bagi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid asrama diperkukuhkan sekaligus mengurangkan beban tugas para guru.
"Langkah ini selaras dengan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026–2035 yang menekankan keperluan untuk guru memberi tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).
"KPM optimis pelantikan MyPWA mampu mewujudkan persekitaran asrama yang lebih selamat dan kondusif, sekali gus menyokong pembangunan holistik pelajar," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Menerusi kenyataan sama beliau turut memaklumkan, inisiatif tersebut bakal diperluas sebagai sebahagian daripada agenda reformasi keselamatan di semua institusi pendidikan di bawah KPM.




Comments