top of page

Keselamatan, kebajikan murid tanggungjawab bersama - Anwar

Writer: Noraini Nordin
Noraini Nordin
4 hours ago
1 min read
Tanggungjawab menjaga keselamatan murid harus dikongsi bersama. Gambar arkib
Tanggungjawab menjaga keselamatan murid harus dikongsi bersama. Gambar arkib

Keselamatan dan kebajikan anak-anak di sekolah perlu diberikan perhatian serius melalui tindakan serta pengawasan yang berkesan, bukan sekadar bergantung pada garis panduan semata-mata.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha melindungi murid memerlukan komitmen bersama daripada pihak sekolah, guru, pihak berkuasa pendidikan dan ibu bapa.


Menurut beliau, setiap pihak mempunyai tanggungjawab yang saling berkaitan dalam memastikan anak-anak mendapat perlindungan sewajarnya, sekali gus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan sejahtera.


Beliau turut menekankan peranan keluarga sebagai asas penting dalam memastikan anak-anak sentiasa diberikan perhatian, didengari dan dilindungi.


Anwar berharap agar semua anak-anak dapat membesar dalam persekitaran yang selamat serta mampu membina keyakinan diri untuk menjadi generasi masa hadapan yang membanggakan negara.


Beliau menegaskan bahawa usaha menjaga keselamatan dan kebajikan murid perlu diterjemahkan melalui tindakan berterusan bagi memastikan kesejahteraan anak-anak sentiasa terpelihara.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page