top of page

Kesedaran pengundi di Sarawak tinggi - Chean Chung



ADUN Semambu, Pahang, Lee Chean Chung (gambar, tiga dari kiri) yang telah beberapa hari menolong jentera KEADILAN di Sarawak mendapati kesedaran pengundi pada pilihan raya kali ini amat tinggi dan tidak mustahil KEADILAN akan menambah kerusi.


Beliau yang ditemubual dalam forum santai melalui Facebook live tengah hari tadi berkata rakyat Sarawak rata rata tidak berpuas hati dengan kenaikan harga barang serta kos pengeluaran hasil pertanian yang tinggi.


"Saya sempat bersama mantan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah menyantuni rakyat di DUN Marudi, di kawasan bandar dan kawasan DUN Lambir.


"Kelihatannya sambutan rakyat sangat positif, ada kesedaran tinggi apa yang berlaku, tentang harga barang naik mendadak dan lain lain. Semalam berjumpa masyarakat Iban, mereka mengeluh harga baja, racun yang meningkat. Mereka dapat rasa kepahitan hidup," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak agar keluar mengundi beramai ramai pada 18 Disember ini.


Perubahan, katanya, harus dibuktikan di kertas undi, bukan semata mata sokongan dibibir sahaja.


"Saya ingin menyeru kepada rakyat Sarawak, bukan setiap kali rakyat dapat peluang memilih. Oleh itu marilah undi PKR.


"Jangan ada sekatan minda, jangan takut ugutan. Kena yakinkan diri, berani berubah untuk kebaikan. Kita mengundi bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk (masa depan) anak anak dan cucu kita juga," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page