top of page

Kesedaran mencarum Perkeso di sektor e-panggilan akan ditingkatkan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 31, 2024
  • 1 min read


Kesedaran dalam kalangan belia untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutama yang terlibat dalam sektor e-panggilan akan dipertingkat bagi memastikan keselamatan golongan itu lebih terjamin.


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertingkat kesedaran golongan muda untuk mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)


Timbalan Menterinya Adam Adli Abd Halim berkata, usaha itu akan menumpukan golongan belia terlibat dalam sektor e-panggilan bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin.


Mengulas lanjut beliau memberitahu, pihaknya telah memulakan kempen untuk mereka mencarum sejak tahun lepas terutama bagi belia di sekitar kawasan parlimen diwakilinya.


"Bagi Parlimen Hang Tuah Jaya kita telah memulakan inisiatif ini dengan 50 penghantar makanan telah menerima manfaat caruman secara percuma. InshaAllah kami akan teruskan usaha seperti ini dari semasa ke semasa," katanya.


Terdahulu beliau melepaskan konvoi Kembara Ramadan anjuran Persatuan Rakan Penghantar Melaka, yang turut dihadiri Yang di Pertua Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron dan Timbalan Pengarah Perkeso Melaka Redhuan Muda @ Mohadyatim.


Menerusi Kembara Ramadan itu jelasnya, sebanyak 200 rakan penghantar makanan berkonvoi untuk menyampaikan bantuan kepada 120 penerima dalam kawasan Hang Tuah Jaya.


Kesemua penerima, katanya terdiri daripada keluarga asnaf, ibu tunggal, Orang Kurang Upaya dan keluarga kurang kemampuan.


"Sumbangan hari ini berupa kit makanan asas dan biskut raya bagi meringankan beban mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page