top of page

Kesatuan Ulama Sedunia ucap tahniah Anwar PM 10



Kesatuan Ulama Sedunia mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.


Ucapan dari Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Habib Salim Saqqaf al Jufri dan Setiausaha Kesatuan Ulama Sedunia, Prof. Dr. Ali Muhyiddin alQarahdagi tersebut dikeluarkan pada 25 November lalu dan didedahkan kepada umum semalam.


Dalam surat berkenaan, Kesatuan Ulama Sedunia gembira di atas kepercayaan rakyat Malaysia mengangkat Datuk Seri Anwar sebagai pemimpin mereka.


"Menjadi kegembiraan kami selaku wakil Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Tuan atas kejayaan beroleh kepercayaan rakyat untuk menjadi Perdana Menteri bagi negara Malaysia yang tercinta nan mulia.


"Begitu juga, melalui Tuan, kami mengucapkan tahniah kepada semua unit masyarakat dan penggerak di Malaysia, begitu juga rakyat Malaysia kesemuanya, atas kesatuan dan kebulatan suara, serta usaha membela maslahah tertinggi bagi sebuah negara, yang telah dicerminkan dengan positif dan baik oleh kesatuan rakyat negara ini," tulis surat berkenaan.


Selain itu, Kesatuan Ulama Sedunia melihat dengan terlantiknya Anwar sebagai PM maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan dapat diperbaiki juga hubungan antarabanga Malaysia dengan dunia luar akan bertambah baik.


"Keberadaan Tuan menjawat jawatan yang tinggi ini sudah tentu tanpa syak lagi akan mengukuhkan hubungan antara sektor-sektor masyarakat Malaysia, dan akan meluaskan lagi dimensi kerjasama antarabangsa di dalam pelbagai bidang yang akan memberi manfaat kepada keperluan masyarakat global, dan kemanusiaan secara umumnya, bersama negara Tuan yang mulia ini.


"Kami di Kesatuan Ulama Islam Sedunia di dalam siapsiaga penuh untuk bekerjasama dalam merealisasikan tujuan-tujuan yang ingin dicapai.


"Sekali lagi, kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada rakyat Malaysia dan negaranya yang mulia," kata surat itu.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page