top of page

Kesalahan cemar punca bekalan air hadapi denda RM10 juta

Updated: Feb 17, 2023



Akta Perkhidmatan Industri Perkhidmatan Air 2006 akan dipinda yang akan menambah denda serta hukuman penjara kepada pelaku kesalahan mencemar punca bekalan air bersih.


Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kementerian beliau memandang serius insiden pencemaran air serta gangguan bekalan yang mendatangkan kesusahan kepada penguna. Maka pindaan diharap akan lebih menggerunkan pihak yang mahu mencemar sumber air.


"Pindaan ini akan melibatkan beberapa seksyen spesifik bagi menangani pencemaran secara berkesan termasuk peningkatan tempoh hukuman dan kadar denda ke atas risiko yang menyebabkan pencemaran kepada mana mana alur air.


"Pindaan akan meningkatkan denda dari RM100,000 kepada RM10 juta. Manakala hukuman penjara akan dinaikkan daripada setahun kepada 15 tahun, atau kedua duanya sekali.


"Ia juga melibatkan penyenaraian kesalahan baharu seperti apa apa perbuatan yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan sistem bekalan air atau gangguan bekalan air kepada pengguna, serta melepaskan apa apa kumbahan ke punca air.


"Pindaan juga membolehkan pemegang lesen perhidmatan air dan pengguna menuntut semula kos memulihkan sistem bekalan air dari pihak yang didapati bersalah. Kementerian mensasarkan pindaan ini pada Jun 2023," katanya.


Selain itu, beliau juga berkata Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akan dipinda untuk menyediakan kompaun serta penalti lebih tegas kepada pesalah yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.

DS Amirudin Shari

Bersetuju dengan pindaan yang ingin dilakukan, Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor, negeri paling teruk menghadapi pencemaran air berkata, pindaan tersebut selari dengan pindaan di peringkat negeri yang memperkuat akta bekalan air di bawah Lembaga Urus Air Selangor.


"Bagi pihak Kerajaan Negeri kita menyambut baik anjakan dan pindaan yang disarankan, yang perlu dilaksanakan bagi memastikan bekalan sumber air mentah bagi negeri negeri untuk dipastikan terpelihara.


"Ini adalah bagi insiden yang acapkali berlaku, dilaporkan berlaku di negeri Selangor. Tetapi ia juga berlaku di banyak tempat, di Pahang, Terengganu dan negeri lain juga berlaku. Dengan meningkatkan jumlah denda yang lebih tinggi sehingga RM10 juta ia akan memberikan tekanan serta sedikit rasa takut kepada pencipta masalah tersebut.


"Bagi pihak Kerajaan Negeri, pada 2020 kita telah meminda Enakmen LUAS yang meningkatkan denda daripada minimum RM200,000 kepada maksimum RM1 juta dan ini juga boleh dikenakan selain panel kod," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page