top of page

Kes Syed Sadiq: Pendakwaan politik jauhkan pelabur asing dari Malaysia - Anwar


Pendakwaan ke atas Ahli Parlimen Muar, Syed Sadiq Abdul Rahman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merupakan satu ancaman politik yang akan menjauhkan pelabur asing dari Malaysia.


Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak mungkin negara hukum (rule of law) akan tertegak bila mana ahli politik atau individu yang rapat dengan koridor kuasa boleh bebas tanpa hukuman, manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka diajukan dengan pelbagai pendakwaan terpilih.


"Yang rapat dengan koridor kuasa boleh bebas tanpa hukuman manakala pemimpin-pemimpin pembangkang serta pendukung mereka diajukan dengan pelbagai pendakwaan terpilih," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu lagi, pendakwaan ini juga mungkin digunakan untuk membuli Ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan memperlihatkan kerajaan gentar sekiranya Pembangkang bersatu merancang Undi Tidak Percaya kepada kerajaan Perikatan Nasional.


"Setiap kali sidang Parlimen semakin dekat, kerajaan akan menggunakan atau memperalat apa saja aparat yang ada untuk membuli Ahli-ahli Parlimen, berkemungkinan kerana gentar sekiranya Undi Tidak Percaya dilangsungkan. Usaha-usaha jelek ini akan berterusan tanpa henti selagimana mereka masih lemah dan tidak punya majoriti yang cukup di Parlimen.


"Saya juga telah dimaklumkan oleh beberapa Ahli Parlimen bahawa pemerintah turut menggunakan rasuah dan ugutan untuk mendukung kerajaan gagal mereka, dengan kedudukan dan perlindungan daripada pendakwaan sebagai habuan," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menegaskan masa dan ketika Syed Sadiq didakwa seolah-olah menampakkan niat tertentu pemerintah.


Justeru beliau menggesa agar siasatan dan pendakwaan mesti dijalankan dengan telus dan profesional.


"Saya mahu beritahu pemimpin-pemimpin PN termasuk Perdana Menteri, untuk hentikan salahguna kuasa serta terima hakikat secara bermaruah bahawa dukungan terhadap mereka semakin berkurangan di Parlimen," katanya lagi.


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua tuduhan melakukan pecah amanah dana parti bernilai RM1 juta dan salah guna wang kempen Pilihan Raya Umum ke-14.


Bagaimanapun, dalam kenyataan beliau semalam bekas Menteri Belia dan Sukan itu menafikan salah laku tersebut dan berkata beliau beberapa kali menerima ugutan sama ada menyertai parti Bersatu atau didakwa di mahkamah. Beliau memilih untuk 'masuk mahkamah daripada masuk Bersatu'.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page