top of page

Kes syariah Kelantan: Exco Terengganu tidak wajar komen berlebihan



Keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid yang membatalkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 tidak seharusnya digunakan oleh Exco kerajaan Pas Terengganu untuk menyamakan situasi undang undang syariah di negeri itu.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman Ahmad Nadhir Yop, kenyataan Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Muhammad Khalil Abdul Hadi kelmarin bahawa undang undang syariah di Terengganu akan turut terjejas akan memberi tanggapan salah kepada masyarakat.


Dalam kenyataannya, Khalil mengambil contoh pesalah liwat selepas ini akan mencabar pendakwaan yang dikenakan ke atas mereka sekiranya didakwa.


Bagi Ahmad Nadhir, penjenayah yang tidak boleh dihukum di Mahkamah Syariah tetap akan dibicarakan di Mahkamah Sivil dan hukumannya akan lebih berat berbanding Mahkamah Syariah yang mempunyai had hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun.


"KEADILAN Kemaman dalam hal ini membidas kenyataan Exco Dakwah Terengganu


"Sepatutnya sebagai Exco dan ADUN contohilah kerajaan pusat dalam menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji mana mana enakmen yang bercanggah dengan Kerajaan Persekutuan supaya ditambah baik agar tidak berlaku pencanggahan. Bukan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat," katanya.


Tegas Ahmad Nadhir, Khalil sepatutnya memberi kenyataan yang benar bahawa undang undang yang dibatalkan itu adalah hukum takzir dan Mahkamah Sivil juga mempunyai undang undang serupa.


Kata Ahmad lagi, selepas ini adalah lebih baik Kerajaan Negeri bersedia untuk meminda mana mana undang undang jenayah syariah yang bertindih dengan sivil agar undang undang syariah di Terengganu lebih mantap.


"Kerajaan Negeri sebaiknya mengambil langkah proaktif dalam hal ini mengkaji mana mana enakmen yang bertindih dengan undang undang sivil supaya selaras dengan Persekutuan dan tidak lagi berlaku percanggahan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page