top of page

Kes Scorpene: SPRM akan panggil empat individu minggu depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 28, 2024
  • 1 min read


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis pada awal tahun 2000 lalu dengan memanggil empat individu termasuk seorang pemilik syarikat bagi dirakam keterangan.


Dipetik laporan media, empat individu itu akan dirakam percakapan mereka minggu depan bagi menjelaskan beberapa perkara susulan penemuan petunjuk baharu siasatan kes berkenaan.


"Siasatan SPRM akan memfokus kepada sama ada berlaku pecah amanah atau salah guna kuasa dalam pembelian berkenaan," kata laporan tersebut.


Pada Jumaat, media melaporkan suruhanjaya itu telah menemui petunjuk baharu dalam siasatan kes pembelian kapal selam Scorpene daripada syarikat Perancis.

Difahamkan, siasatan terbaru akan menumpukan kepada kes disyaki penyelewengan sebanyak RM42 juta, iaitu sebahagian daripada RM530 juta yang dibayar dalam kontrak pembekalan perkhidmatan sokongan dalam pembelian kapal selam terbabit.


Sumber dipetik berkata, sebuah syarikat tempatan juga dalam radar siasatan SPRM kerana dikatakan membuat pembayaran kepada beberapa syarikat tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah.


Pembayaran berjumlah RM42 juta berkenaan dipercayai diseleweng kepada syarikat-syarikat dimiliki ahli keluarga kepada pemilik syarikat terbabit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page