top of page

Shamsul Iskandar: Kes rasuah KKM khianati petugas COVID-19

Updated: May 6, 2020


Lima individu dilaporkan telah ditahan dan disiasat oleh SPRM kerana dipercayai menerima rasuah hasil pemberian kontrak bernilai RM30 juta bagi membekalkan sistem makmal ujian massa kepada Kementerian Kesihatan untuk menguji jangkitan Covid-19.


Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Mohd Akin menganggap ia sebagai satu pengkhianatan kepada pasukan perubatan Covid-19 yang bermati-matian melawan virus tersebut.


"Sekiranya ini benar berlaku, ianya satu pengkhianatan terhadap pasukan perubatan yang diketuai Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.


"Sidang Parlimen wajib diadakan lebih daripada satu hari supaya segala hal berkaitan Covid-19 dapat dibahaskan," katanya menerusi akaun Twitter miliknya.


Shamsul merujuk kepada dakwaan Ketua Penerangan Armada Bersatu, Teuku Shafiz Rullah yang mendedahkan dengan lebih lanjut mengenai kes rasuah tersebut di akaun Facebooknya.


Beliau mendakwa, SPRM melakukan serbuan di Kementerian Kesihatan beberapa hari yang lalu dan lima individu telah ditahan untuk siasatan.


Tambahnya, Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba perlu menjelaskan penglibatan 'orang-orang berdekatan beliau' kerana kontrak tersebut didakwa diberikan kepada syarikat tidak berkelayakan.


"Sumber juga mengatakan bahawa kontrak itu diberikan kepada syarikat yang tidak berkelayakan dan sejumlah besar wang didakwa dibayar upfront (terlebih dahulu).


"P/S: Bahana bila bekerjasama dengan penyamun dan pencuri mentadbir negara," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page