top of page

Kes Puteri Balqis: Kesal Menteri Agama tidak proaktif kendalikan isu penderaan seksual



Kes gangguan seksual yang didakwa berlaku ke atas seroang artis remaja, Puteri Balqis Azizi biar pun telah disiasat oleh pihak berkuasa namun menimbulkan kekesalan dalam kalangan wanita, terutama menanggapi komen Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad yang menggunakan ayat ‘membuka aib’ keluarga apabila mangsa menceritakan gangguan dialami oleh beliau.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang Nurhidayah Che Rose, sebagai seorang Menteri Agama, Idris katanya harus bijak dan sensitif dalam penggunaan bahasa agar tidak memesongkan pandangan orang ramai kepada agama Islam dalam mengendalikan kes-kes seperti itu.


"Saya menyokong adalah lebih baik bagi mangsa (sesiapa pun) untuk membuat laporan polis bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, namun ayat seperti ‘membuka aib’ tidak sesuai untuk digunakan sama ada Datuk Idris bermaksud membuka aib mangsa mahupun si pelaku.


"Beliau harus lebih sensitif agar tidak memberikan tanggapan bahawa agama Islam atau kerajaan Malaysia seakan ‘menempelak’ mangsa penderaan seksual yang berani tampil bersuara," katanya.


Dalam masa sama, Nurhidayah juga menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun supaya lebih sensitif terhadap pendedahan di media sosial.


Beliau juga mencadangkan agar Rina membangkitkan masalah tersebut dalam sidang Parlimen akan datang dan mengusulkan hukuman lebih tegas.


"Saya menggesa agar Menteri Datuk Seri Rina Harun supaya membangkitkan masalah ini di sidang Parlimen bagi mengenakan tindakan lebih tegas serta mencadangkan langkah-langkah yang lebih proaktif untuk menangani masalah dan membantu mangsa-mangsa penderaan seksual yang semakin meruncing di negara kita.


"Sebagai seorang menteri, beliau harus lebih proaktif dalam mengendalikan masalah berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat.


"Bukannya hanya mengeluarkan komen ketika sesuatu permasalahan terjadi. Saya berharap agar beliau sedar bahawa jawatan yang disandang mempunyai tanggungjawab yang sangat besar untuk berbakti kepada rakyat, bukan hanya selesa menjulang kedudukan semata-mata," katanya lagi.


Beliau turut berharap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk bangkit dan menjalankan kerja-kerjanya agar Malaysia dapat menjadi rumah yang selamat untuk warganya, terutama kalangan wanita.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page