top of page

Kes Najib: Peringatan PMX wajar jadi pedoman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Dalam mendepani kemelut yang timbul antara UMNO dan DAP berkaitan titah adendum tahanan rumah melibatkan bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Razak, peringatan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) amat wajar sekali dijadikan pedoman.


Dalam kenyataannya, Datuk Seri Anwar berkata, kerajaan berpegang teguh kepada prinsip menegakkan hukum dan pengasingan kuasa yang menjadi amalan selama ini.


Menurut PMX, badan kehakiman mesti dan akan terus bebas daripada sebarang pengaruh luar.


Atas prinsip tersebut, tegasnya, beliau menghormati keputusan yang telah dibuat hakim berkaitan Titah Adendum dalam kes Najib itu.

ree

"Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang, semua pihak wajar menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Hakim, termasuk ruang dan saluran perundangan yang masih tersedia untuk mengemukakan rayuan."


Rayuan kepada Agong terbuka luas


Selain itu, rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong juga terbuka, selaras dengan peruntukan undang-undang yang ada.


Berpandukan peringatan Datuk Seri Anwar, semua pihak tidak seharusnya membuat komen berlebihan dan melampaui sempadan.


Jika dibuat berlebihan, ia pasti akan memberi kesan yang lain yang akhirnya boleh merosakkan perpaduan, keharmonian dan keamanan yang sedia terjalin selama ini.


Apabila itu berlaku, tiada sesiapa yang untung, malah mendedahkan negara kepada ketidakstabilan.


Ingat, negara kita ada peraturan dan undang-undang yang telah digunapakai sejak sekian lama.


Oleh yang demikian, marilah kita berlapang dada dan meluaskan minda berdepan isu terbaru ini dan jangan biarkan ia membawa kepada perpecahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page