top of page

Kes Najib: Kerajaan Madani tidak campuri urusan mahkamah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan Madani mengambil pendirian berprinsip dengan tidak mencampuri urusan mahkamah berhubung isu Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri Najib Razak.


Mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, pendirian tersebut membuktikan komitmen Kerajaan Madani dalam menjunjung prinsip pengasingan kuasa serta kedaulatan undang-undang sebagaimana diperjuangkan sejak dua dekad lalu.


"Kerajaan kini memberi tauladan yang betul dengan tidak mencampuri urusan mahkamah (dalam isu titah adendum)," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, beliau mempersoalkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh sebelum ini, dan tindakan pihak tertentu yang didakwanya dilihat seolah-olah mahu campur tangan eksekutif dalam proses kehakiman.


"Adakah Akmal sedang mengamuk dan nak mengajar rakyat supaya kerajaan campur tangan dalam urusan mahkamah?" soalnya.


Menurut Fakhrulrazi, pendekatan sedemikian bertentangan dengan semangat reformasi dan nilai yang dibawa oleh Kerajaan Madani.


"Ini zaman Madani, bukan zaman BN zaman Mahathir," tegas Fakhrulrazi.


Tambah beliau, semua pihak wajar menghormati proses perundangan yang sedang berjalan dan menyerahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk membuat keputusan tanpa tekanan politik atau sentimen awam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page