Kes Najib: Hormati mahkamah, elak kenyataan provokatif - KEADILAN Perak
- Suara Keadilan

- 2 days ago
- 1 min read

KEADILAN Negeri Perak menyeru semua pihak menghormati proses undang-undang dan mengelakkan sebarang reaksi beremosi atau provokatif berhubung keputusan mahkamah berhubung isu titah adendum bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Ketua Penerangannya, Azam Afandi menerusi satu kenyataan berkata, perbezaan pandangan dalam isu boleh dizahirkan, namun ia mesti disampaikan dengan adab, bahasa yang berhemah dan penuh tanggungjawab, khususnya di media sosial.
"Seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, keputusan ini adalah hasil proses kehakiman yang bebas dan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, bukan keputusan politik.
"Institusi kehakiman adalah tunjang kedaulatan undang-undang negara. Semua pihak wajar menghormati proses undang-undang demi kestabilan, perpaduan dan keharmonian Malaysia," katanya.
Najib sebelum ini mendakwa wujud satu titah tambahan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkannya menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.
Sehubungan itu beliau memohon satu perintah mandamus supaya kerajaan melaksanakan titah itu dan dengan serta-merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin memutuskan bahawa Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini









Comments