top of page

Kes muflis kurang RM50,000 akan dilepaskan 1 Mac ini

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 24, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk melepaskan individu yang diisytihar muflis melibatkan hutang di bawah RM50,000.


Menurut Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, rakyat yang diisytihar muflis itu berhak mempunyai peluang kedua.


Katanya, sehingga Januari 2023 lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan.


"(Ini) turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang punyai potensi menyumbang kepada ekonomi negara.


"Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.


"Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil yang hutangnya kurang 50 ribu ringgit yang memenuhi syarat akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini," katanya dipetik sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.


Kerajaan menyasarkan 130,000 rakyat akan dilepaskan daripada status muflis dengan lulusnya pindaan akta itu.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page