top of page

Kes kematian BID Covid 19: Otai Reformis gesa kerajaan tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja



Kes Kematian Sebelum Tiba Ke Hospital (BID) akibat jangkitan Covid 19 agak membimbangkan berdasarkan statistik yang dikeluarkan kerajaan


Sehubungan itu, NGO Otai Reformis 1998 mahu kerajaan mengenalpasti punca sebenar berlakunya kes BID yang berterusan.


Menurut kenyataan Otai, setakat 5 - 18 September lalu, terdapat 517 kes BID yang meliputi kes-kes di Sabah sebanyak 25.92%, Pulau Pinang 17.60%, Johor 17.41%, Selangor 10.83% , Perak 5.03% dan Kelantan 3.68%, dari sumber GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 21 September 2021.


"Otai Reformis sangat terkesan dan sedih dengan laporan media terhadap kes-kes BID ini, dan mengesa satu ‘post-mortem’ oleh pihak ketiga yang bebas serta “pendengaran awam” oleh Suruhanjaya Diraja dilakukan untuk mengenalpasti punca peningkatan mendadak kes-kes BID tersebut.


"Sejak 18 - 31 Ogos lepas, dilaporkan terdapat 771 kes BID yang merupakan 21.5% kes melibatkan kematian BID dari jumlah 3,587 kes keseluruhan kematian Covid 19 pada tempoh sama.


"Sungguh memeranjatkan jumlah komulatif kes BID setakat 23 September ialah 4,809 orang. Otai dan rakyat Malaysia ingin mengetahui apakah punca berlakunya kes-kes BID ini?" kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr Idris Ahmad dan Setiausaha Otai Abdul Razak Ismail.


Mereka mahu kerajaan menjelaskan apakah BID berpunca daripada pesakit yang dikuarantin di rumah tanpa diberikan sebarang ubat-ubatan; tiada pemantauan KKM terhadap pesakit yang dikuarantin; kekurangan katil di hospital untuk menempatkan pesakit Covid 19; masalah rumah kediaman pesakit jauh di pendalaman dan sukar untuk diakses oleh pihak berkuasa atau kelewatan respon kenderaan ambulan untuk mengangkut pesakit ke hospital terdekat dengan kadar segera?


Manakala menyentuh isu suntikan vaksin Dos ke 3 pula, Otai mengesa Menteri Kesihatan yang baharu lebih terbuka dalam isu berkenaan dengan memberikan fakta-fakta saintifik yang ‘membenarkan’ perlaksanaan Dos ke 3 tersebut.


Dari laporan media antarabangsa, tambah Otai, hanya negara Zionis Israel dan China sahaja yang sedang melaksanakan vaksinasi Dos ke 3 dan dikhabarkan Israel berkemungkinan melaksanakan Dos ke 4 ke atas rakyatnya.


"Otai mengesa agar Dos ke 3 tidak dilaksanakan secara 'tergesa-gesa' dan menyarankan Kerajaan membuat kajian mendalam sebelum melaksanakan program itu. Kerajaan juga wajar mendapatkan laporan yang lengkap dari kajian negara-negara luar terlebih dahulu.


"Otai menyarankan Kerajaan melipatgandakan usaha lebih aktif untuk laksanakan vaksinasi terhadap pekerja-pekerja warga asing, baik yang mempunyai dokumen sah mahupun tanpa dokumen dengan kadar segera, memandangkan terdapat lebih 3 juta orang pekerja warga asing ini berada di Malaysia," kata mereka


Selain itu, Otai juga tidak selesa dengan program vaksinasi ke atas kanak-kanak berumur 12-17 tahun. Kata mereka, kecuali Singapura, hampir kebanyakan negara baik Amerika Syarikat mahupun negara-negara Eropah dan beberapa negara-negara Asia lain “masih belum” atau “tidak” melaksanakan vaksinasi terhadap kanak-kanak berumur 12-17 tahun seperti yang dirancangkan oleh pihak Kerajaan.


"Kecualilah Kerajaan mampu memberikan penjelasan yang memuaskan maka rakyat wajar menolak perlaksanaan vaksinasi Dos ke 3 itu kerana ‘herd immunity’ sehingga 90% seperti disarankan oleh Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri sudah lebih dari mencukupi untuk menangani penularan pandemik Covid 19 ini," kata kenyataan bersama itu lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page