top of page

Kes Hian Wah: Pas Selangor Tidak Ikuti Perkembangan Semasa?

Updated: Nov 16



Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil


ULASAN: Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi membangkitkan persoalan status kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin atasan DAP Selangor yang didakwa terlibat dengan tuduhan salah guna kuasa dengan menggunakan dana pusat khidmat parti untuk tujuan kegunaan peribadi pada tahun 2009.


Kenyataan tersebut disokong oleh Dewan Pemuda Pas Selangor dan menggesa kerajaan perlu memandang serius terhadap persoalan tersebut. Pemimpin atasan DAP Selangor yang dimaksudkan itu adalah mantan Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah (Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan).


Siasatan SPRM tidak temui salah laku


Kepimpinan Pas Selangor mendakwa bahawa siasatan terhadap Ean Yong Hian Wah sehingga kini berada dalam status tidak jelas sehingga menimbulkan kegusaran rakyat. Malah Kerajaan Madani dituduh sebagai tidak serius menangani isu salah guna kuasa sekiranya ia melibatkan kawan sendiri.


Namun hakikat sebenarnya siasatan SPRM telah tidak menemui bukti bagi mendakwa salah guna dana kerajaan Negeri Selangor oleh Ean Yong Hian Wah. Kes tersebut telah menjalani proses siasatan oleh SPRM selama lebih dua tahun. Pemangku penguasa kanan SPRM, Ahmad Shafik Abdul Rahman akhirnya pada tahun 2011 memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja, sekaligus membersihkan nama Ean Yong Hian Wah dari sebarang tuduhan salah guna kuasa.


Pemimpin Pas tidak cakna perkembangan semasa


Persoalan yang ditimbulkan oleh kepimpinan Pas Selangor baru-baru ini membuktikan bahawa mereka sememangnya tidak cakna terhadap perkembangan isu semasa dan hanya mencari ruang untuk mengadu domba di samping menabur fitnah. Kepimpinan Pas Selangor sedar bahawa mereka tidak mempunyai isu yang boleh dibangkitkan untuk menjatuhkan pentadbiran Kerajaan Madani Selangor, justeru isu yang telah lama selesai semenjak tahun 2011 cuba dibangkitkan sebagai modal politik.


Seharusnya kepimpinan Pas Selangor menumpukan perhatian terhadap isu kematian mendiang Teoh Beng Hock yang didakwa tidak mendapat keadilan sehingga kini. Mendiang Teoh Beng Hock didapati mati selepas memberi keterangan kepada SPRM terkait siasatan terhadap Ean Yong Hian Wah.


Memandangkan sebelum ini mahkamah telah menukar keputusan terbuka dalam kes kematian Teoh Beng Hock sebanyak tiga kali, maka akhirnya keadilan cuba ditegakkan semasa pemerintahan Kerajaan Madani. Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memberi persetujuan untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian Teoh Beng Hock, beliau memberi jaminan siasatan kali ini akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak.


Keadilan kepada mendiang Beng Hock


Seharusnya usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Madani untuk memberi keadilan kepada kematian mendiang Teoh Beng Hock menjadi fokus dan didokong oleh kepimpinan Pas Selangor. Mendiang Teoh Beng Hock meninggal dunia semasa Pas masih bersama kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, sepatutnya keadilan untuk mendiang Teoh Beng Hock harus terus konsisten diperjuangkan oleh kepimpinan Pas Selangor.


Malah jika benar berlaku salah guna kuasa melibatkan Ean Yong Hian Wah, maka ia turut memberi imej buruk terhadap kepimpinan Pas Selangor yang turut menyertai kerajaan Pakatan Rakyat semasa tahun 2009.

_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan Selangor

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page