Kes harian Covid 19 lepasi Indonesia, Filipina: PM Ismail Sabri hadapi 4 ujian getir


Kes harian Covid 19 Malaysia yang melepasi kes harian di Indonesia dan Filipina, negara tetangga ASEAN, menyebabkan Malaysia mencatat rekod terburuk baharu hanya beberapa hari selepas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri mengangkat sumpah.


Supremo DAP, Lim Kit Siang berkata demikian dalam satu kenyataan dan mendesak Ismail menyegerakan langkah menangani Covid serta keperluan beliau melepasi 4 ujian penting dalam menghadapi pandemik berkenaan.


"Kerajaan Ismail Sabri berdepan ujian sama ada ia mampu untuk memenangi peperangan melawan Covid-19 dan mengawal penyebaran wabak tersebut, memandangkan penularannya masih terus meningkat


"Semalam, kita melepasi paras 1.6 juta untuk jumlah kumulatif kes Covid-19.


"Hari ini, kita bakal melepasi paras 15,000 untuk jumlah kumulatif kes kematian akibat Covid-19.


"Mampukah kita mengurangkan kes kematian akibat Covid untuk mengelakkan negara mengumpulkan lebih 16,000 kes menjelang Hari Kebangsaan ke-64?


"Rakyat Malaysia perlu tahu untuk dua hari berturut-turut, kita telah menjadi negara nombor satu di ASEAN yang mempunyai kes harian baharu Covid-19 tertinggi, menewaskan Indonesia dan Filipina," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu lagi, perbandingan dengan Indonesia yang mempunyai 271 juta penduduk dan Filipina 106 juta jiwa dilihat kurang masuk akal namun, katanya, apabila negara berkenaan mengalami jumlah jangkitan lebih rnedah daripada Malaysia maka kelemahan negara dilihat berkali-kali ganda lebih buruk.


"Kita mempunyai 20,839 kes baharu Covid pada 24 Ogos dan 22,642 kes baharu pada 25 Ogos, berbanding Indonesia yang mempunyai 19,100 dan 18,671 kes baharu untuk kedua-dua hari tersebut, dan Filipina yang mempunyai 11,891 dan 13,573 kes baharu untuk kedua-dua hari yang sama.


"Malah, kita mempunyai kes harian baharu Covid-19 yang lebih tinggi berbanding Indonesia untuk 10 hari berturut-turut. Itulah sebabnya faktor masa memainkan peranan penting dalam mengawal penularan wabak ini.


"Sejak Mahiaddin Yassin melepaskan jawatan sebagai PM pada 16 Ogos, terdapat 212,345 kes Covid-19 dan 2,308 kes kematian akibat wabak itu.


"Sekarang waktu genting yang memerlukan tindakan pantas, dan Ismail harus segera berusaha untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19," katanya.


Bagaimanapun, Kit Siang menyandarkan harapan beliau kepada satu permulaan baik yang akan berlaku selepas pertemuan PM dan pemimpin tertinggi PH kelmarin.


Katanya, tiba masa pembangkang saling membantu kerajaan agar rakat tidak terjerumus ke lembah kemusnahan akibat Covid yang lebih parah.


"Kita mungkin berada di kerusi pembangkang, namun apabila negara berdepan krisis, semua rakyat Malaysia harus bersatu supaya negara dapat mengharungi cabaran ini.


"Saya teringat seruan saya pada sambutan Hari Kebangsaan ke-30 pada 1987, di mana saya menyeru pemimpin tertinggi politik mengadakan perbincangan untuk menurunkan suhu perkauman di negara ini supaya tumpuan lebih boleh diberikan memulihkan ekonomi negara.


"Ini adalah masanya semua parti-parti politik menunjukkan apa pun perbezaan politik yang ada, mereka tetap bersedia untuk mengetepikan semua itu demi memastikan matlamat bersama tercapai, iaitu memenangi perang melawan wabak Covid-19 supaya Malaysia boleh beralih ke fasa pemulihan negara dan ekonomi," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER