top of page

Kes hakim Nazlan: Polis perlu panggil Raja Petra, siasat segera laporan - Shamsul



Pihak polis perlu memanggil pulang penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, warganegara Malaysia yang bermastautin di United Kingdom untuk membantu siasatan dakwaan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima sejumlah wang sebagaimana yang dilaporkan dalam blog terbabit.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, siasatan ke atas laporan polis yang dibuat hakim Nazlan perlulah disegerakan.


"Justeru, saya menyeru agar Ketua Polis Negara mempercepatkan proses dan mengumumkan hasil siasatan dengan kadar segera kerana tuduhan Raja Petra itu begitu serius serta dilihat sebagai menganggu kewibawaan institusi kehakiman negara.


"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib menyiasat laporan Mohd Nazlan secara telus dengan memanggil Raja Petra untuk memberi keterangan atas tuduhan yang beliau lemparkan.


"Raja Petra pula, jika beliau mempunyai keberanian harus pulang ke Malaysia dan tampil secara terbuka untuk disiasat oleh pihak polis," katanya.


Raja Petra dalam hantaran di blognya pada 20 April lalu mendakwa hakim Mohd Nazlan disiasat berhubung konflik kepentingan dalam kes rayuan SRC International yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Menurut Raja Petra dalam portalnya Malaysia Today, Nazlan disiasat berhubung wang RM1 juta yang tidak diisytihar dalam akaunnya.


Mohd Nazlan kemudiannya membuat laporan polis berhubung artikel bertajuk ‘Group calling for Najib’s pardon now wants judge Nazlan arrested’ dan ‘Shocking Revelation: Najib’s Trial Judge Nazlan’s Conflict-of-Interest Exposed’ yang terbit pada 14 Mac lalu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page