top of page

Kes denggi meningkat, KKM gesa kurangkan risiko penularan



Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan trend peningkatan kes jangkitan denggi di enam negeri setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa


Menurut beliau, Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara boleh menjadi pencetus meningkatnya kes berkaitan nyamuk aedes itu.


Justeru orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan berisiko banjir dinasihat supaya berwaspada dengan menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan penularan kes demam denggi.


"Ya, memang betul, akhir-akhir ini kita lihat dalam musim tengkujuh ini ada kawasan kawasan air bertakung dan sebagainya. Maka trend penyakit denggi juga meningkat jadi kita nasihat supaya rakyat, penduduk prihatin perkara ini dan lebih rajin menjaga persekitaran masing masing.


"Kalau langkah-langkah mencegah itu tidak diambil kita bimbang penyakit ini akan semakin meningkat dan yang paling kita risau ia penyakit yang boleh membawa kepada kematian.


"Jika terdapat gejala tolonglah pergi mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya dipetik dalam satu program di Pulau Pinang.


Enam negeri yang mencatat peningkatan kes adalah di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.


Bagaimanapun jelas Dr Zaliha, keadaan ketika ini adalah terkawal.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi ke-44 (ME44) bagi tempoh 29 Okt hingga 4 Nov lalu meningkat 96.9 peratus kepada 100,936 kes berbanding 51,262 kes bagi tempoh sama pada 2022.


Kes berkenaan menunjukkan peningkatan sebanyak 49,674 kes iaitu 96.9 peratus dengan 78 kematian, berbanding 35 kematian bagi tempoh sama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page