top of page

Kes curi tabung masjid: 'Keadilan' semberono orang awam timbul kebimbangan



Kes seorang remaja mencuri tabung masjid dan kemudian dimandikan seperti jenazah untuk memberi keinsafan tidak sewajarnya dilakukan dalam kalangan orang awam.


Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita dan Kanak-Kanak dan Pembangunan Sosial, Parlimen Keempat Belas (JKPK) menegur sikap orang awam yang memberikan 'keadilan' atau hukuman secara semberono yang mengaibkan adik Daniel Iskandar, 19 tahun serta keluarga beliau.


"Video yang tersebar di laman media sosial keterlaluan, membimbangkan dan akan mengundang lebih banyak kemudaratan khususnya kepada aspek psikologi saudara Daniel dan juga keluarganya.


"Pihak JKPK menegaskan adalah wajar dan munasabah menghormati proses keadilan serta institusi kehakiman sedia ada, berbanding percubaan untuk mentadbirkan keadilan secara peribadi. Masyarakat tidak seharusnya bertindak sebagai hakim, pendakwa raya serta pihak pelaksana sabitan," kata jawatankuasa itu.


Menurut JKPK lagi, Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) menyatakan bahawa tangkapan oleh orang awam hanya boleh dilakukan atas kesalahan yang tidak boleh dijamin, dan dengan tidak berlengah-lengah lagi orang yang ditangkap tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai polis ataupun balai polis yang terhampir.


"Tindakan jemaah masjid yang dipaparkan dalam video tersebut turut berkemungkinan disiasat di bawah Seksyen 323 serta Seksyen 352 Kanun Keseksaan.


"Pihak JKPK mengingatkan prinsip kedaulatan undang-undang, ingin meneguhkan tiada sesiapa yang terkecuali daripada, ataupun berada di atas undang-undang," kata mereka lagi.


Tegas JKPK, pemimpin agama adalah tokoh masyarakat yang perlu menunjukkan serta menetapkan teladan dan contoh yang baik bagi masyarakat umum.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal

Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Rompin Datuk Sri Hasan Arifin, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Ahli Parlimen Kemaman Tuan Che Alias Hamid, Ahli Parlimen Sik Ahmad Tarmizi Sulaiman, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau Kiong Yieng dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page