top of page

Kes Covid mencanak naik, rakyat dibius 'pil janji'?


Kes harian Covid 19 yang memuncak semalam kepada lebih 13,000 jangkitan menyebabkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipersoalkan sama ada mempunyai pelan jangka pendek melawan pandemik


Menurut ADUN Suka Menanti, Zamri Yusuf, kerajaan PN jelas gagal dalam perang melawan Covid berbekalkan kuasa darurat sejak 28 minggu lalu tetapi tidak kelihatan hasilnya.


"Bandingkan dan renungkan janji Perdana Menteri dan Menteri ketika nak laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan menyeluruh versi Ramadan dulu. Di mana kita diambang Aidiladha hari ini setelah Ramadan, Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijjah?


"Benarlah Titah Majlis Raja-Raja Melayu, bahawa Darurat mesti ditamatkan 1 Ogos 2021.


"Benar titah Yang di-Pertuan Agong supaya Parlimen wajib bersidang segera untuk bincang isu menangani penularan Covid 19 dan implikasi ekonomi Covid 19.


"Malah sebenarnya Parlimen boleh membentuk kerajaan yang lebih baik dan mendapat sokongan rakyat," katanya dalam catatan di Facebook.


Dalam pada itu, beliau turut menyalahkan program vaksinasi yang lembab.


Katanya, walaupun telah melepasi 10.8% angka penerima vaksin dan dijangka mencecah 24% sebelum 1 Ogos namun jangkitan terus sahaja meningkat dan menekan sistem kesihatan negara.


Lebih malang, katanya, rakyat hanya didendangkan janji manis keadaan akan pulih tanpa pelan melawan wabak yang konkrit


"Apakah akan terus minta rakyat telan pil janji bahawa ada cahaya di hujung gua yang kelam? Apakah harus terus beri peluang lagi 12 bulan untuk boleh nampak kejayaan?


"140 Ahli Parlimen selain 80 Menteri, Timbalan dan yang bertaraf Menteri mesti memikirkan masa depan segera untuk kembalikan Malaysia ke landasan benar," luahnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page