top of page

Kes Covid-19 menurun di Negeri Sembilan, bersedia masuk ke Fasa Dua


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan bahawa negerinya sudah bersedia untuk beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh terdekat susulan trend penurunan kes positif COVID-19 harian dan kadar penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU).


Katanya, Negeri Sembilan telah mencatatkan 695,626 individu atau 85.4 peratus suntikan dos pertama manakala 539,975 (66.3 peratus) telah melengkapkan dos suntikan vaksin.


“Bilangan kes di ICU menampakkan perubahan baik dengan penggunaan katil hanya 77 peratus secara keseluruhan setakat ini, apa yang lebih menggembirakan, dua hari lepas, tiada kes COVID-19 direkodkan bagi kategori tiga, empat dan lima.


“Ini menunjukkan vaksinasi memberikan satu keadaan lebih baik kepada rakyat di negeri ini, namun kita harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.


Justeru, Aminuddin turut meminta Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Pusat supaya memberikan lebih banyak bekalan vaksin kepada negeri ini kerana pihaknya hanya menerima 20,000 hingga 21,000 vaksin dalam tempoh dua minggu ini berbanding 25,000 dos vaksin sebelumnya.


Bagaimanapun katanya, tempoh spesifik bagi peralihan ke fasa seterusnya itu belum ditentukan berikutan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang sepatutnya berlangsung pada minggu lepas dan minggu ini tidak dapat diadakan.


Dalam pada itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan berlangsung seperti dijadualkan iaitu pada 3 hingga 8 Sept ini dengan SOP lebih ketat bagi membendung penularan Covid-19.


“Ketika ini Unit Dewan sedang mendapatkan perincian SOP daripada Parlimen bagi memastikan keselamatan semua ahli DUN yang hadir,” kata Aminuddin.


Satu rang undang-undang (RUU) baharu, membabitkan RUU Perbadanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dijangka diluluskan pada persidangan kali ini.


Persidangan empat hari itu diadakan secara bersemuka di Wisma Negeri di sini dan kali terakhir DUN itu bersidang ialah pada 3 Dis 2020.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page