Kes Covid 19 melambung: PN gagal, berundurlah secara terhormat - Shamsul Iskandar



Cadangan menaikkan kompaun RM1,000 kepada rakyat yang melanggar Prosidur Operasi Standard (SOP) mengiringi peningkatan mendadak kes-kes jangkitan baharu Covid 19.


Bagi Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, tiba masanya untuk kerajaan tidak cukup majoriti Perikatan Nasional (PN) berundur secara terhormat sekiranya tidak lagi mampu mengendalikan situasi semasa dalam negara yang semakin memburuk.


Katanya, peningkatan kes Covid sama sekali tidak boleh dikawal dengan idea semudah menaikkan nilai kompaun terhadap rakyat.


"Dalam keadaan kes semakin buruk, dengan bangganya Menteri Kanan, Ismail Sabri mengumumkan nilai kompaun rakyat akan dinaikkan. Menyalahkan rakyat kerana kes semakin teruk.


"(Dalam hal ini) masalah bukan terletak pada rakyat, tetapi kerajaan yang gagal berfungsi dengan baik. Usahlah menyusahkan rakyat lagi, serahkan kerajaan pada pemilik yang sah


"Kerajaan minoriti (PN), kalau tidak boleh uruskan negara sila undur diri secara terhormat," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Shamsul lagi, keadaan serba tidak kena dengan pemerintahan PN sejak setahun lalu. Ekonomi tidak nampak tanda pemulihan dan ancaman Covid-19 semakin dahsyat.


Beliau juga mengkritik, semenjak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 jumlah kes harian bukan berkurangan tetapi mendadak meningkat. Setakat 30 Januari kes terkumpul setinggi 209,661, meningkat daripada 147,855 kes pada hari pertama PKP 2.0 dilaksanakan.


Katanya, tiada kejutan mengapa PKP 2.0 gagal menurunkan kes kerana PKP 2.0 tiada beza dengan PKP Bersyarat.


"Semua aktiviti dibenar di bawah PKP kali ini. Malah semakin meningkat kes semakin banyak aktiviti dibenarkan.


"Lebih banyak perniagaan beroperasi selepas angka harian naik. Pada 14 Januari ketika kes harian mencatat 3,337 kes, hanya sebilangan perniagaan boleh beroperasi.


"Namun pada 29 Januari 2021, kes harian mencatat 5,725 kes, semua kedai dalam pusat beli belah diumumkan boleh beroperasi.


"Kilang lagi istimewa. Tidak pernah dilarang beroperasi walaupun memberi sumbangan kluster terbesar. Manakala kedai rakyat biasa, bukan billionaire, seperti kedai gunting rambut dilarang pula beroperasi," kata Shamsul sinis.


Beliau mempersoalkan keseriusan kerajaan PN melaksanakan PKP 2.0.


Apatah lagi individu yang didapati positif Covid 19 dibenarkan menjalani kuarantin di rumah sekiranya kesihatan mereka tidak menunjukkan gejala yang serius.


Katanya, usaha melawan Covid akan gagal sekiranya kerajaan telah hilang hala tuju.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER