top of page

'Kes Covid 19 lepasi 30,000, rakyat perlu diingatkan berjaga jaga'



Peningkatan jangkitan harian kes Covid 19 yang melepasi 31,000 semalam sepatutnya menyegerakan Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan langkah berjaga jaga baharu menghadapi pandemik berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, kerajaan pula seharusnya memantau dengan rapi kes dalam tempoh seminggu akan datang supaya tidak berlaku lebih banyak jangkitan.


"Jangkitan dalam tempoh lima hari sebelumnya berlegar sekitar purata 27,000 kes, menunjukkan peningkatan kes baharu. Tetapi lonjakan semalam melepasi 31,000, benar benar merupakan satu puncak baharu.


"Kesimpulannya, pengumpulan data kerajaan perlu diperbaiki (agar lebih terkini) dan orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam 7 hari akan datang. Sistem kesihatan kita masih mampu menghadapi gelombang Covid dengan baik tetapi akan ada hadnya untuk apa yang boleh kita hadapi," katanya.


Justeru, Wong Chen mencadangkan agar Malaysia membuat perbandingan kes Covid di negara ini dan serantau, dengan meletakkan Korea Selatan sebagai kayu ukur perbandingan.


"Sebagai perbandingan, Korea Selatan yang mempunyai 51 juta penduduk berbanding kita 32 juta, mencatatkan 170,000 kes baharu semalam.


"Ambil perhatian kadar vaksin penuh Korea Selatan sebanyak 85.6% adalah lebih tinggi daripada Malaysia 79.5%. Sistem kesihatan Korea Selatan masih mampu mengatasi (peningkatan kes) tetapi terdapat rasa bimbang yang jelas.


"Menggunakan Korea Selatan sebagai model, Malaysia perlu mula menganggarkan berapa had (kemampuan) kita dan kemudian kerajaan dan rakyat perlu bekerjasama untuk membendung penyebaran di bawah had itu," katanya lagi.


Dengan 31,199 kes baharu direkodkan semalam gelombang Omicron telah berada di kemuncak baharu namun malangnya kerajaan melalui KKM tidak mengeluarkan amaran terbaharu atau mengumumkan langkah berjaga jaga tahap jingga sebagaimana diharapkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page