top of page

Kes Azam Baki: 'Hanya hasil siasatan bebas akan diyakini rakyat' - Sivarasa



Kontroversi kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hanya akan selesai sekiranya satu jawatankuasa siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, sekiranya siasatan dilakukan oleh SPRM sendiri maka rakyat akan menolaknya sebagaimana mereka tidak meyakini pembelaan yang diakukan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang.


"Kalau siasatan dibuat oleh SPRM memang tidak akan diyakini. Tetapi kalau dibuat oleh badan bebas seperti Parlimen, Suruhanjaya Siasatan Khas atau polis, itu saya rasa boleh diterima," katanya kepada Suara Keadilan.


Mengenai sikap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berdiam diri pula, Sivarasa membidas kelembapan pemimpin Umno itu bertindak.


Katanya, PM sepatutnya mempunyai keberanian meminta Azam Baki bercuti sepanjang tempoh siasatan, agar hasil siasatan itu boleh diterima rakyat.


"Tindakkan kerajaan sampai sekarang tidak memberi keyakinan kebenaran akan dikenalpasti dalam isu Azam. PM tidak mahu dia ambil cuti pun," katanya.


Cuma, kata Sivarasa, terdapat sedikit sinar untuk mencari kebenaran dalam kes berkenaan apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan sapina agar Azam hadir membela diri di hadapan jawatankuasa berkenaan.


"Kalau Azam ingkar sapina dari Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan bersidang pada Rabu minggu depan untuk siasat kes beliau dia boleh diambil tindakan kerana menghina Parlimen," katanya lagi.


PSC memanggil Azam pada 19 Januari ini berhubung dakwaan pemilikan saham Azam yang didakwa dibeli oleh adiknya menggunakan akaun beliau.


Parlimen mempunyai kuasa di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk menetapkan perintah kehadiran mana-mana saksi yang dikehendali PSC.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page