top of page

Kes Azam Baki bukan isu peribadi, sistem pemerintahan dibelit korupsi - Anwar



Kes yang berlingkar di sekitar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki bukanlah isu peribadi, tetapi berpotensi memberi kesan buruk kepada seluruh sistem pentadbiran.


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam siaran media beliau malam ini.


Menurut Anwar, kes kes yang dibiarkan dan tidak disiasat pada peringkat awal akhirnya membebankan negara dan hanya memperkuat budaya serta jaringan korupsi dalam pemerintahan.


"Perdana Menteri (dalam kes Azam Baki) nampak seolah olah tidak berfungsi. Menteri seolah mempertahankan. Ini isu besar, bukan isu Azam seorang. Dia melihatkan seluruh sistem dalam negara. Bila ada toleran terhadap rasuah, maknanya seluruh sistem itu terkesan.


"Kita beri contoh 1Malaysian Development Berhad (1MDB), tidak mungkin berlaku ke tahap ini tanpa penglibatan institusi dan tokoh tokoh. SPRM, Peguam Negara, siasatan polis, Bank Negara Malaysia dan juga para elit.


"Jangan pandang ringan. Negara ini mendapat imej begitu buruk. Sebab itu saya tidak heran kita jerit, sanggah, mengapa tidak ada siasatan telus terhadap beberapa laporan? Puluhan tahun, yang jadi PM, Menteri kewangan, Ketua Menteri kerjanya memunggah kekayaan peribadi dan simpan di luar negara. Siasatan tidak ada," katanya.


Justeru, Ahli Parlimen Port Dickson itu menyalahkan sistem politik yang telah terbelit rasuah sejak sekian lama sehingga tidak mampu lagi bertindak rasional menghadapi pelaku rasuah.


Malah, katanya sekiranya bertindak pun memilih bulu dan tidak secara telus mahu membenteras korupsi


"Spanco (syarikat pembekal kenderaan rasmi kerajaan) saya bawa di Parlimen, menteri elak jawab, SPRM tidak berfungsi. Kalau diluahkan oleh Ketua Pembangkang pun tidak punyai kesan, apa harapan? Sistem politik itu sebenarnya mempunyai hubung kait dengan segala kebobrokan rasuah yang berlaku.


"Saya tanya mengapa syarikat bayar RM600 juta diberikan, kenapa tidak yang lain. Siapa punya kepentingan?


"Kalau nak cakap tentang rasuah (ada tokoh politik) kita pilih pilih. Yang ini tidak boleh, kerana bayar kita. Sebab itu ada kalangan rakyat yang mencurigai tokoh politik dan parti politik (tertentu) kerana nampak hebat menyuarakan, tetapi memilih.


"Rasuah bukan perkara baru. Yang terpalit terlalu ramai. Mantan pemimpin anak anak, kroni terlalu banyak. Ini bukan soal politik ini untuk menyelamatkan negara," katanya.


Anwar juga memberi amaran agar rakyat jangan terlalu selesa setelah kes 1MDB dibicarakan. Katanya, terdapat potensi baharu yang akan menggantikan 1MDB, iaitu Digital Nasional Berhad (DNB), yang ditubuh untuk menjalankan perniagaan spektrum 5G pada era darurat 2021 lalu


"Sekarang DNB, saya sebut kalau tak waspada lebih parah daripada 1MDB. Ada orang pertahan. Mengapa dipilih syarikat begini, mana tender, siapa urus, berapa komisennya?


"Rasuah sudah sistemik dan menjalar ke seluruh sistem. Yang menjadi mangsa adalah rakyat. Rakyat mudah diperdaya dengan sedikit wang dan kekuatan media. Seorang tokoh politik tetapi sekongkol dengan kelompok rasuah punya benteng kewangan besar, boleh pamer kehebatan tetapi bukan penyelesaian kepada rakyat.


"Kita mendesak kerajaan PM Ismail Sabri ambil ketetapan tegas. Adakah saya optimis. Tidak, sebab kelompok yang mendukung terlalu ramai terpalit, takut SPRM tidak berani menyanggah. Oleh yang demikian keadaan tidak bertambah baik," katanya.


Selain itu, Anwar mengingatkan agar rakyat Malaysia melawan rasuah secara tegas dan tidak terpesona dengan bangsa, agama atau kehebatan seseorang tokoh politik, sama ada menggunakan nama Melayu atau agama Islam.


"Tahap ini adalah tahap kebangkitan rakyat untuk menyatakan isu apa yang mahu disisat, DNB, Spanco dan lain lain. Siapa yang bertanggungjawab harus dikesan.


"Saya mahu rakyat melihat isu rasuah ini sebagai bencana, jenayah yang akan menyebabkan rakyat terutama yang miskin terus menderita.


"Ketirisan berlaku dalam projek rakyat biasa. Subsidi minyak, bantuan rakyat miskin pun tiris. Ini dalam Laporan Ketua Audit Negara. Belaku tahun demi tahun tanpa tindakan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page