top of page

Kes Anwar: Kisah Jamal Amro Cuba Disogok AS$200,000

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
15 hours ago
1 min read
Salah satu foto perbicaraan DS Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998. Arkib ABIM
Salah satu foto perbicaraan DS Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1998. Arkib ABIM

Oleh: Zunar


Catatan Diari Reformasi: Pada bulan Mei 2005, seorang individu bernama Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim. Siapakah dia ini?


Jamal Amro adalah seorang rakyat Palestin dan beliau menjalankan perniagaan menyewa limosin di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limosinnya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan satu insiden yang berlaku setahun sebelum Anwar dipecat (oleh pentadbiran PM Dr Mahathir) pada 1998.


Jamal mendedahkan pada satu hari beliau membawa seorang pegawai tinggi kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat yang menyewa limosin miliknya. Ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang AS$200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.


Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.


Tetapi seperti biasa keterangan Jamal Amro tidak diambil kira sebagai penting (dalam perbicaraan pada 1998). Tetapi ia adalah satu pendedahan bahawa usaha memfitnah Anwar (dalam kes fitnah seksual I) dilakukan jauh sebelum 1998 dan bukan hanya dilakukan di Malaysia saja.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page