Kes Ain Husniza: Wanita KEADILAN bantah keras peguam kerajaan wakili guru



Kerajaan BN mungkin telah kembali sepenuhnya kepada gaya pemerintahan lapuk era 1980an apabila tidak dapat membezakan hal yang membabitkan kerajaan dan peribadi.


Menurut Wanita KEADILAN, Kerajaan dan Jabatan Peguam Negara tidak sepatutnya membenarkan Peguam Kanan Persekutuan dilantik mewakili guru yang didakwa membuat jenaka rogol dalam kelas dan bekas guru besar dalam saman tuntutan balas yang difailkan remaja, Ain Husniza Saiful Nizam serta bapanya.


"Wanita KEADILAN menyokong kenyataan 74 Ahli Parlimen Pembangkang pada 7 Jun lalu dengan sepenuhnya dan solidariti bersama Ain Husniza sekeluarga.


"Semoga Ain sekeluarga tetap cekal dan tabah dalam meniti perjuangan ini dan diharapkan kelelahan serta penderitaan yang dihadapi keluarga ini akan berakhir," kata Wanita KEADILAN dalam satu kenyataan.


Menurut mereka lagi, Kerajaan, Peguam Negara dan Kementerian Kementerian Pendidikan seharusnya berkecuali dalam kes tersebut sebagaimana telah disuarakan oleh 74 Ahli Parlimen kelmarin.


Bagi Wanita KEADILAN, kes Ain sebenarnya telah mencetuskan kebimbangan dan kegentaran di kalangan ibu bapa serta pelajar sekolah tentang betapa tidak kondusifnya suasana pembelajaran dalam sistem persekolahan di Malaysia, terutama ke atas pelajar perempuan.


Justeru, Wanita KEADILAN menggesa Kerajaan menarik balik pelantikan Peguam Kanan Persekutuan dalam mewakili guru dan bekas guru besar dalam kes saman berkenaan.


"Kes Ain Husniza membuka banyak mata tentang situasi sebenar yang berlaku di sekolah. Sekolah yang seharusnya menjadi tempat anak-anak tumbuh berkembang dengan baik dan selamat dicemari dengan kes gangguan seksual.

"Sehingga hari ini, nasib Ain Husniza dan keluarga masih belum terbela.


"Diharapkan agar pelantikan (peguan kanan) tersebut ditarik balik oleh Peguam Negara dan keadilan dapat ditegakkan dalam kes Ain Husniza sekeluarga," kata mereka lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER